Loading...

'Saya Tidak Malu Pegawai Agensi KDN Ditahan'

Loading...
'Saya Tidak Malu Pegawai Agensi KDN Ditahan' - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 'Saya Tidak Malu Pegawai Agensi KDN Ditahan', Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 'Saya Tidak Malu Pegawai Agensi KDN Ditahan'
link : 'Saya Tidak Malu Pegawai Agensi KDN Ditahan'

Baca juga


'Saya Tidak Malu Pegawai Agensi KDN Ditahan'


KUALA LUMPUR: "Saya tak pandang bulu. Saya buta warna. Saya tak malu ambil tindakan." 

Nada tegas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merujuk kepada tindakan yang tetap diambil ke atas pegawai atau penguat kuasa agensi dan jabatan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berikutan terbabit dalam kes jenayah termasuk rasuah. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, ketiadaan tindakan tegas akan menyebabkan jenayah sedemikian merosakkan keseluruhan integriti jabatan, agensi dan kementerian. 

Selaku Menteri Dalam Negeri, beliau menyatakan iltizam menutup ruang kompromi dengan mana-mana pegawai atau penguat kuasa yang disabitkan dengan jenayah rasuah. 

"Saya tidak malu mengambil tindakan terhadap pihak yang menjadi pegar makan padi atau nila setitik yang merosakkan susu sebelanga. 

"Saya tidak pernah mahu berkompromi, saya tidak pun berasa malu apabila ada 'tangan' yang dipotong kerana 'diabetes'. 

Kalau tidak dipotong akan merosakkan satu badan. Kita perlu bersihkan supaya kita bersih dan harus kelihatan bersih. Kita mahu persepsi berubah dan kebolehpercayaan meningkat," katanya. 

Beliau berkata demikian pada majlis perjumpaan Timbalan Perdana Menteri bersama peserta Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) Institut Tadbiran Awan (INTAN) 2016 di INTAN di sini, hari ini. 

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) KDN, Datuk Suriani Ahmad bertindak selaku moderator. Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Zainal Rahim Seman, pegawai kanan perkhidmatan awam dan 378 peserta Program DPA pengambilan 2016. 

Majlis itu julung kali diadakan membabitkan pengurusan tertinggi kerajaan dengan peserta yang bakal melangkah ke sektor perkhidmatan awam. 

Ahmad Zahid berkata, persepsi terhadap pasukan penguatkuasaan tidak pernah berubah walaupun indeks jenayah menurun. 

"Ada pihak masih menganggap Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak buat kerja, KDN tidak cukup kuat, malah Menteri KDN juga dilihat tidak cukup bagus. 

"Persepsi tidak berubah sebab dalam diri kita masih ada prasangka atau prejudis. 

"Prejudis bermula dengan tanggapan pertama, terutama mutakhir ini apa yang berlaku di Melaka, Bukit Aman dalam kalangan pegawai polis, di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik atau unit yang mengendalikan jenayah, maksiat, pelacuran dan judi. 

"Kita mahu lihat semangat ini, bukan saja dalam kalangan pegawai polis tetapi semua agensi penguatkuasaan. Sukar untuk dilaksanakan tetapi tidak mustahil. 

"Tahniah pada Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara, pegawai polis bersih yang mahu lihat PDRM berada di barisan hadapan walaupun terpaksa 'potong kaki dan tangan yang menghidap diabetes'," katanya. BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qmAtCp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article 'Saya Tidak Malu Pegawai Agensi KDN Ditahan'

Itulah artikel 'Saya Tidak Malu Pegawai Agensi KDN Ditahan' Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 'Saya Tidak Malu Pegawai Agensi KDN Ditahan' dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/saya-tidak-malu-pegawai-agensi-kdn.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Saya Tidak Malu Pegawai Agensi KDN Ditahan'"

Catat Ulasan

Loading...