Loading...

Chester, Chris Cornell Dikenang MTV VMA’s

Loading...
Chester, Chris Cornell Dikenang MTV VMA’s - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Chester, Chris Cornell Dikenang MTV VMA’s, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Chester, Chris Cornell Dikenang MTV VMA’s
link : Chester, Chris Cornell Dikenang MTV VMA’s

Baca juga


Chester, Chris Cornell Dikenang MTV VMA’s


MENDIANG Chester Bennington dan Chris Cornell terus dikenang sebilangan besar rakan-rakan selebriti mereka dalam majlis MTV Video Music Awards yang diadakan awal pagi tadi di The Forum, California, Amerika Syarikat.

Aktor dan vokalis 30 Second to Mars, Jared Leto diberi penghormatan menyampaikan segmen tribute tersebut di hadapan ribuan penonton majlis anugerah itu.


Dalam ucapannya itu, Jared berkata Chester banyak mengajarnya mengenai kehidupan terutama sekali berkaitan dengan kerjaya selain sentiasa berusaha memajukan diri dalam bidang seni di samping tidak bersikap meninggi diri apabila berada dalam industri.

“Bila saya terkenangkan Chester, saya lihat gambar-gambar lama dia, yang mana dia selalu tersenyum. Saya juga teringatkan isterinya, keluarganya, rakan-rakan bandnya, yang mana dia dah anggap macam ahli keluarganya sendiri.

“Saya akan sentiasa rindu suaranya yang mana akan hidup buat selama-lamanya,”kata Jared dalam ucapannya itu.

Dalam ucapan itu juga, Jared turut menyentuh mengenai tribute yang dibuat Chester semasa majlis pengebumian rakannya Chris Cornell, vokalis Audioslave yang meninggal dunia pada 18 Mei lalu.

Sebaik habis menyampaikan ucapannya itu, pihak MTV kemudiannya terus memutarkan video persembahan Linkin Park dalam MTV VMA’s pada 2010.

Chester ditemui mati bunuh diri di kediamannya pada 20 Julai lalu yang mana tarikh itu secara kebetulannya merupakan tarikh ulang tahun kelahiran Chris.

MTV VMA’s 2017 dihoskan Katy Perry dan anugerah utama Video of the Year telah dimenangi penyanyi Kendrick Lamar menerusi lagu Humble. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article Chester, Chris Cornell Dikenang MTV VMA’s

Itulah artikel Chester, Chris Cornell Dikenang MTV VMA’s Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Chester, Chris Cornell Dikenang MTV VMA’s dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/08/chester-chris-cornell-dikenang-mtv-vmas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Chester, Chris Cornell Dikenang MTV VMA’s"

Catat Ulasan

Loading...