Loading...

Penyanyi terkenal Jepun hilang pendengaran

Loading...
Penyanyi terkenal Jepun hilang pendengaran - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Penyanyi terkenal Jepun hilang pendengaran, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Penyanyi terkenal Jepun hilang pendengaran
link : Penyanyi terkenal Jepun hilang pendengaran

Baca juga


Penyanyi terkenal Jepun hilang pendengaran


BINTANG pop Jepun, Ayumi Hamasaki disahkan sepenuhnya hilang pendengaran kedua-dua telinganya, dedah penyanyi itu menerusi blognya Team Ayu.

Ayumi artis solo Jepun yang pernah dinobatkan artis solo paling laris sepanjang zaman mengalami pekak di telinga kirinya sejak tahun 2008 dan berdepan situasi yang sama di telinga kanannya tahun ini.

Menurut Ayumi, 38 tahun, dia sering mengalami loya dan pening sebelum konsert jelajah tahun ini.

"Selepas pelbagai ujian pendengaran, saya dimaklumkan telinga kanan (yang telah mengimbangi pendengaran selepas telinga kirinya pekak) semakin lemah.

"Saya sering berasa pening. Saya tidak boleh berjalan dengan lurus dan sering muntah di dalam tandas ketika berada di studio latihan," tulisnya.

Penyanyi prolifik dan penghibur terkenal itu berkata, dia berasa kehilangan selepas mengetahui perkara itu.

"Saya masih tertanya-tanya, bagaimana sebagai penyanyi berdepan dengan masalah pendengaran. Saya berasa dunia saya gelap," katanya.

Masalah pada telinganya dikesan bermula dia mengalami demam dan jangkitan pada telinga ketika konsert jelajah 2000 Act I, namun dia tetap meneruskan siri jelajah selepas beberapa hari berada di hospital.

Doktor telah menasihatkannya untuk mengurangkan pendedahan terhadap bunyi yang kuat namun dia tetap tidak membatalkan atau menangguhkan siri jelajahnya.

Malah dia terus bekerja pada tahun-tahun selepas itu. Pada tahun 2008, dia disahkan pekak di telinga kirinya.

Menurut bintang pop Jepun itu, walaupun dia berdepan situasi sedemikian, dia berjanji akan terus melakukan persembahan. - Sinar Harian


Thus Article Penyanyi terkenal Jepun hilang pendengaran

Itulah artikel Penyanyi terkenal Jepun hilang pendengaran Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Penyanyi terkenal Jepun hilang pendengaran dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/penyanyi-terkenal-jepun-hilang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penyanyi terkenal Jepun hilang pendengaran"

Catat Ulasan

Loading...