Loading...
Tajuk : Jadual Nabila Padat Selepas 'Hikayat Cinta Si Pematah Hati'
link : Jadual Nabila Padat Selepas 'Hikayat Cinta Si Pematah Hati'
Jadual Nabila Padat Selepas 'Hikayat Cinta Si Pematah Hati'
KUALA LUMPUR: Mula mencuba nasib apabila terlibat dalam drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati, penyanyi Nabila Razali mengakui ia memberi kesan positif dalam kerjayanya sebagai anak seni.
Nabila, 25, berkata, kehadirannya dalam industri hiburan semakin diterima masyarakat dan jadual hariannya juga mula terisi dengan pelbagai undangan.
"Alhamdulillah, dulu memang orang tahu lagu saya Cemburu tapi mereka tidak kenal siapa yang menyanyi lagu itu. Bila saya cuba bidang lakonan dalam drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati ramai yang sudah mula mengenali.
"Besar impak drama itu dalam diri saya kerana sekarang ini saya memang banyak undangan-undangan untuk saya hadir ke majlis-majlis dan program tertentu. Jika nak diikutkan dari mula drama itu ditayangkan memang saya belum ada rehat selain sibuk dengan promsi drama tersebut," ujarnya kepada mStar Online.
Pelakon dan penyanyi yang digilap bakatnya menerusi program Akademi Fantasia 2013 ini ditemui pada majlis tayangan episod akhir drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati, di sini, malam Khamis lalu.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh pelakon-pelakon utama iaitu Alif Satar, Hafreez Adam, Nadiya Sahab, dan Yaya Zahir.
Drama itu bersiaran sebanyak 16 episod di slot Mega Drama setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria.
Sementara itu, Nabila bersyukur, lakonan pertama dalam drama bersiri itu mendapat reaksi positif penonton.
Bagaimanapun, dia berhasrat untuk mengambil kelas lakonan bagi memperbaiki lagi kualiti lakonannya pada masa akan datang.
"Syukur sangat kerana tiada yang kecam lakonan saya, tapi saya sedar lakonan saya banyak yang perlu diperbaiki.
Saya juga berhasrat untuk memasuki kelas lakonan.
"Saya ceburi bidang lakonan dan nyanyian bukan hanya suka-suka, jika dapat peluang saya perlu lakukan dengan baik," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Nabila berkata, dia juga bakal keluar dengan single terbaharunya tidak lama lagi.
Lagu yang belum diberi tajuk itu merupakan ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong.
"Inysa-Allah dalam masa terdekat ini, rakaman sudah siap cuma tinggal proses akhir sahaja.
"Lagu tersebut berentak pop seperti lagu Cemburu juga, tapi kali ini lebih segar dan mudah untuk diingati," ujarnya.-mstar
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qH5h2A
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Jadual Nabila Padat Selepas 'Hikayat Cinta Si Pematah Hati'
Itulah artikel Jadual Nabila Padat Selepas 'Hikayat Cinta Si Pematah Hati' Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Jadual Nabila Padat Selepas 'Hikayat Cinta Si Pematah Hati' dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/jadual-nabila-padat-selepas-hikayat.html
0 Response to "Jadual Nabila Padat Selepas 'Hikayat Cinta Si Pematah Hati'"
Catat Ulasan