Loading...
Tajuk : Pendaki Malaysia Masuk Hospital Di Nepal
link : Pendaki Malaysia Masuk Hospital Di Nepal
Pendaki Malaysia Masuk Hospital Di Nepal
KUALA LUMPUR – Pendaki tertua Malaysia, James Lee Chong Meng, yang sedang dalam misi untuk menakluk puncak Everest, diterbangkan dengan helikopter dalam pemindahan kecemasan ke sebuah hospital di Kathmandu, Nepal, setelah mengalami sakit dada yang teruk.
Semalam, beliau sepatutnya mendaki ke Camp 3 dan seterusnya ke kemuncak gunung tertinggi dunia itu dari Camp 4.
Menurut kenyataan itu, Lee, 69, mengalami sakit dada dan kesukaran bernafas, ketika berada di Camp 2 pada Khamis.
“Beliau mengalami sesak nafas dan terpaksa menggunakan oksigen pada waktu malam ketika tidur,” menurut kenyataan itu.
Sakit dada Lee semakin buruk pada keesokan harinya dan beliau tidak dapat berbaring untuk tidur disebabkan kesakitan pada perut.
Dalam percubaannya untuk mendaki Gunung Everest pada Mei tahun lepas, Lee terpaksa membatalkan pendakian itu pada peringkat akhir di Camp 3 pada ketinggian 7,200m, berikutan cuaca buruk. Gunung Everest adalah gunung tertinggi dunia, dengan ketinggian 8,848m.
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) adalah rakan media misi berkenaan, yang dikenali sebagai Ekspedisi Gunung Everest (MEE) Lion 2017, anjuran Lions Club Port Dickson Pantai.
Lee membawa dua mesej penting iaitu untuk memberi inspirasi kepada masyarakat di setiap peringkat umur supaya memanfaatkan kesihatan yang baik untuk terus aktif, dan menarik perhatian terhadap perlunya memelihara alam sekitar. – BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rHJlDL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Pendaki Malaysia Masuk Hospital Di Nepal
Itulah artikel Pendaki Malaysia Masuk Hospital Di Nepal Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Pendaki Malaysia Masuk Hospital Di Nepal dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/pendaki-malaysia-masuk-hospital-di-nepal_21.html
0 Response to "Pendaki Malaysia Masuk Hospital Di Nepal"
Catat Ulasan