Loading...

Terserempak Keluarga Tidur Beralas Lengan

Loading...
Terserempak Keluarga Tidur Beralas Lengan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Terserempak Keluarga Tidur Beralas Lengan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Terserempak Keluarga Tidur Beralas Lengan
link : Terserempak Keluarga Tidur Beralas Lengan

Baca juga


Terserempak Keluarga Tidur Beralas Lengan

SEREMBAN – Tidur beralaskan lengan dan bubur nasi menjadi hidangan utama buat lapan beranak hidup dalam kedaifan di sebuah rumah di Kampung Baru Blok A, Ampangan, di sini.

Kehidupan bapa tunggal bersama tujuh anaknya berusia tujuh hingga 19 tahun di dalam rumah usang itu dilalui mereka sejak 10 tahun lalu tanpa mengharapkan belas ihsan dan bantuan orang ramai.

Bagaimanapun, kesukaran hidup mereka terbongkar susulan operasi dilakukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), awal pagi semalam.

Difahamkan, operasi itu yang dijalankan untuk mengesan pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan itu membawa kepada penemuan keluarga terbabit jam 3.30 pagi semalam.

Ketua keluarga Majid Abul, 51, berkata, dia bersama tujuh anaknya yang sedang tidur dikejutkan dengan kehadiran anggota penguat kuasa imigresen dan JHEAINS yang menyerbu rumahnya.

“Saya terkejut apabila dikejutkan anggota penguat kuasa imigresen sambil meminta saya menyerahkan MyKad.

“Mereka menyangka saya dan keluarga warga asing. Selepas melihat dokumen pengenalan diri, mereka berasa simpati dengan kehidupan kami,” katanya.

Katanya, anaknya masing-masing lima lelaki dan dua perempuan iaitu Maznah, 19, Aini, 17, Abdul Ghani Muhaimin, 15, Abdul Razak Al-Hasif, 13, Abdul Najib Azzabil, 12, Nabila Adibah, 9, dan Fahtulrahman Haziq, 7, tidak pernah merungut dengan kesusahan keluarga.

“Walaupun saya tiada wang beli lauk-pauk, mereka akan masak bubur dan makan bersama-sama.

“Hanya Aini yang masih bersekolah manakala enam lagi tidak bersekolah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi JIMNS Qamal Azlan Zainuddin berkata, pihaknya menerima aduan kehadiran PATI di kawasan Ampangan dan melakukan pemeriksaan di beberapa rumah termasuk rumah dihuni Majid.

“Lelaki terbabit mempunyai dokumen pengenalan diri manakala tujuh anaknya tiada dokumen. Berdasarkan keterangan, semua anak mempunyai sijil lahir dan akan dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Datuk Norhayati Omar berkata, keluarga terbabit ditempatkan di Kompleks Al-Sa’adah, Rahang, di sini, untuk sementara waktu. – myMetro Online

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qUNHY2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Terserempak Keluarga Tidur Beralas Lengan

Itulah artikel Terserempak Keluarga Tidur Beralas Lengan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Terserempak Keluarga Tidur Beralas Lengan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/terserempak-keluarga-tidur-beralas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Terserempak Keluarga Tidur Beralas Lengan"

Catat Ulasan

Loading...