Tajuk : Pegawai Kesihatan Pahang Pantau Kebersihan Bazar
link : Pegawai Kesihatan Pahang Pantau Kebersihan Bazar
Pegawai Kesihatan Pahang Pantau Kebersihan Bazar
KUANTAN – Jabatan Kesihatan Pahang akan menggerakkan 120 pegawainya untuk memeriksa premis jualan di bazar Ramadan bagi memastikan penjual mematuhi kualiti dan tahap kebersihan yang ditetapkan.
Pengarahnya Dr Sha’ari Ngadiman berkata pemeriksaan secara berkala itu melibatkan bazar terpilih di seluruh daerah di Pahang.
Katanya, jabatan tu juga telah memeriksa 100 premis makanan melibatkan pembekal bahan mentah, premis penyediaan makanan dan pembekal ais di seluruh Pahang sebelum bermulanya Ramadan dan dilakukan sekali lagi pada bulan puasa bagi memastikan mereka terus mematuhi peraturan yang ditetapkan.
“Selain itu, operasi pemantauan produk melepasi tarikh luput juga dirancang untuk dilakukan di semua pasar raya dan kedai runcit bagi melindungi kepentingan awam,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Dr Sha’ari berkata jabatan itu juga akan melancarkan Program Bazar Bersih dan Selamat peringkat Negeri di Laman Kerayong, Bera dekat sini pada 2 Jun ini bagi meningkatkan tahap kesedaran orang ramai tentang kepentingan memilih bazar yang bersih.
Beliau seterusnya mengingatkan penjual dan pengendali premis makanan supaya mematuhi Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 kerana kegagalan berbuat demikian membolehkan mereka dikenakan tindakan penguatkuasaan dan arahan penutupan.
“Orang ramai juga diminta memainkan peranan dengan memilih gerai yang bersih sebelum membeli juadah. Jika mereka melihat ada gerai yang tidak menjaga kebersihan, mereka boleh membuat aduan di pejabat kesihatan daerah.
“Kami mempunyai pegawai kesihatan persekitaran yang bertanggungjawab meninjau kebersihan premis makanan. Kerjasama ini amat dialu-alukan kerana orang awamlah yang lebih kerap berada di lapangan dan berhadapan dengan situasi ini,”katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r6g5Yj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Pegawai Kesihatan Pahang Pantau Kebersihan Bazar
Anda sedang baca artikel Pegawai Kesihatan Pahang Pantau Kebersihan Bazar dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/pegawai-kesihatan-pahang-pantau.html
0 Response to "Pegawai Kesihatan Pahang Pantau Kebersihan Bazar"
Catat Ulasan