Loading...

Lebih 400 Pegawai Pantau Skim Kawalan Harga Hari Gawai

Loading...
Lebih 400 Pegawai Pantau Skim Kawalan Harga Hari Gawai - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Lebih 400 Pegawai Pantau Skim Kawalan Harga Hari Gawai, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Lebih 400 Pegawai Pantau Skim Kawalan Harga Hari Gawai
link : Lebih 400 Pegawai Pantau Skim Kawalan Harga Hari Gawai

Baca juga


Lebih 400 Pegawai Pantau Skim Kawalan Harga Hari Gawai

KUCHING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menggerakkan lebih 300 pegawai penguat kuasa dan 112 pegawai pemantau harga bagi memantau Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Hari Gawai 2017.

Timbalan Menterinya, Datuk Henry Sum Agong berkata tindakan itu itu bagi memastikan peniaga menjual 13 jenis barangan harga terkawal itu tidak melebihi harga maksimum yang ditetapkan.

SKHMP Hari Gawai bermula hari ini hingga 2 Jun ini di Sarawak dan 25 Mei hingga 31 Mei sempena Pesta Kaamatan di Sabah.

‘Pegawai penguat kuasa dan pegawai pemantau harga, yang berpakaian preman, akan bergerak membuat tinjauan di semua premis perniagaan bagi memastikan peniaga mematuhi skim kawalan harga yang ditetapkan,” katanya pada sidang media ketika melakukan pemeriksaan di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Tahun lepas, katanya, pihaknya mengesan lapan kes peniaga melakukan kesalahan tidak meletakkan tanda harga berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi membezakan dengan barangan lain sempena pelaksanaan SKHMP Hari Gawai.

Menurutnya, peniaga individu yang melakukan kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum boleh didenda sehingga maksimum RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali atau dikompaun sehingga RM50,000.

Katanya, kesalahan syarikat boleh didenda sehingga RM500,000 atau boleh dikompaun sehingga RM250,000.

“Bagi kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal, individu boleh didenda RM10,000 atau dikenakan kompaun RM5,000 manakala bagi syarikat boleh didenda RM20,000 atau dikenakan kompaun sehingga RM10,000,” katanya.

Senarai barangan harga terkawal merangkumi ayam hidup, ayam standard, ayam super, ayam tua hidup, kepak ayam, telur ayam gred A, B dan gred C, bawang putih (China), daging babi (perut), daging babi (daging dan lemak),babi hidup dan kubis bulat import (Indonesia dan China). – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r6iqT0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Lebih 400 Pegawai Pantau Skim Kawalan Harga Hari Gawai

Itulah artikel Lebih 400 Pegawai Pantau Skim Kawalan Harga Hari Gawai Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Lebih 400 Pegawai Pantau Skim Kawalan Harga Hari Gawai dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/lebih-400-pegawai-pantau-skim-kawalan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lebih 400 Pegawai Pantau Skim Kawalan Harga Hari Gawai"

Catat Ulasan

Loading...