Loading...
Tajuk : KPT Sedia SOP Riadah Di Hutan
link : KPT Sedia SOP Riadah Di Hutan
KPT Sedia SOP Riadah Di Hutan
CYBERJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat bagi kegiatan riadah hutan yang membabitkan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata ketika ini pihaknya sedang mengolah satu cara pelaksanaan yang lebih teliti pada peringkat kementerian dan dijangka siap dalam masa terdekat.
"Mungkin tidak lama lagi (proses SOP)... dalam satu bulan barang kali , Insya-Allah kita akan laksanakan SOP baharu.
"Selain itu, kita akan melihat semua aspek supaya tidak ada sebarang perkara yang ketinggalan," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Video MOHE Soaring Upwards di Universiti Multimedia Malaysia (MMU), di sini hari ini.
Yang turut hadir, Presiden MMU, Prof Datuk Dr Ahmad Rafi Mohamed Eshaq. Idris berkata, sebaik sahaja SOP berkenaan diperkenalkan, semua program yang membabitkan kegiatan rekreasi hutan perlu dipatuhi supaya tidak timbul lagi isu sperti yang berlaku baru-baru ini di di kawasan air terjun Lata Charok, dekat Janda Baik.
Pada 13 Mei lalu, dua penuntut UiTM Puncak Alam iaitu Noorain Mohtar, 23, dan Muhammad Kamil Md Sukri, 22, maut dihempap pokok manakala lima penuntut lain cedera ketika 140 penuntut dan empat pensyarah menyertai kegiatan latihan ikhtiar hidup di kawasan berkenaan. - BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r7OBUN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article KPT Sedia SOP Riadah Di Hutan
Itulah artikel KPT Sedia SOP Riadah Di Hutan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel KPT Sedia SOP Riadah Di Hutan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/kpt-sedia-sop-riadah-di-hutan.html
0 Response to "KPT Sedia SOP Riadah Di Hutan"
Catat Ulasan