Loading...

Lepas 'dihampehkan' Zahid, MCA kata tak diundang

Loading...
Lepas 'dihampehkan' Zahid, MCA kata tak diundang - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Lepas 'dihampehkan' Zahid, MCA kata tak diundang, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Lepas 'dihampehkan' Zahid, MCA kata tak diundang
link : Lepas 'dihampehkan' Zahid, MCA kata tak diundang

Baca juga


Lepas 'dihampehkan' Zahid, MCA kata tak diundang


Setelah dibidas secara terbuka oleh timbalan perdana menteri dua hari berturut-turut, MCA Negeri Sembilan hari ini membuka mulut mempertahan diri.
Ketua MCA negeri Lim Chin Fui berkata mereka tidak hadir dalam acara BN di Rembau semalam kerana tidak diundang.
“Kami tidak hadir kerana tidak terima sebarang notis. Ini mungkin isu teknikal dihadapi penganjur, yang buat silap tidak hantar jadual (Zahid) pada kami.

“Sebelum ini tiada isu apabila perdana menteri melawat Port Dickson.

“Kita boleh pastikan pada timbalan perdana menteri bahawa pemimpin akar umbi MCA bekerja keras berkhidmat kepada rakyat,” kata Lim seperti dilaporkan Sin Chew Daily.
Zahid semalam berang apabila MCA tidak tunjuk muka dalam acara dihadirinya sedangkan parti komponen lain BN hadir.

“Kerusi hendak, tetapi program tidak hadir,” katanya yang turut memberi gelaran “hampeh” kepada MCA.
Sementara itu, Lim juga berkata beliau secara peribadi akan menjelaskan kegagalan mereka hadir kepada Ketua BN negeri Datuk Seri Mohamad Hasan.

China Press pula melaporkan ketua Gerakan negeri Choong Vee Hing menerima undangan program itu daripada Umno Negeri Sembilan beberapa hari lalu.
Usaha Malaysiakini menghubungi Lim setakat ini masih belum berhasil.
Zahid kelmarin turut membidas MCA di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur kerana didakwanya tidak banyak bekerja untuk merampas balik kerusi itu daripada pembangkang.

Kerja-kerja itu, katanya, hanya dilakukan Umno.


Thus Article Lepas 'dihampehkan' Zahid, MCA kata tak diundang

Itulah artikel Lepas 'dihampehkan' Zahid, MCA kata tak diundang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Lepas 'dihampehkan' Zahid, MCA kata tak diundang dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/03/lepas-dihampehkan-zahid-mca-kata-tak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lepas 'dihampehkan' Zahid, MCA kata tak diundang"

Catat Ulasan

Loading...