Loading...

Tun M pegang kuasa eksekutif bukti DAP masih dominasi PH, dakwa penganalisis

Loading...
Tun M pegang kuasa eksekutif bukti DAP masih dominasi PH, dakwa penganalisis - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tun M pegang kuasa eksekutif bukti DAP masih dominasi PH, dakwa penganalisis, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tun M pegang kuasa eksekutif bukti DAP masih dominasi PH, dakwa penganalisis
link : Tun M pegang kuasa eksekutif bukti DAP masih dominasi PH, dakwa penganalisis

Baca juga


Tun M pegang kuasa eksekutif bukti DAP masih dominasi PH, dakwa penganalisis

Oleh Nur Atiqah Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) sekaligus menjadi pemegang kuasa eksekutif, membuktikan bahawa lantikan itu dipengaruhi DAP.
 
Dakwaan seorang penganalisis politik berdasarkan kepada penglibatan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang hanya baru 'setahun jagung' tetapi telah mendapat kepercayaan mengetuai parti berkenaan.
 
Tambah Azmi Hasan yang juga merupakan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), beliau tidak menolak pengalaman Dr Mahathir dalam politik negara dimanfaatkan pembangkang dalam menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 
 
"Pelantikan Dr Mahathir sebagai pengerusi PH, paling menakjubkan mereka mengatakan bahawa itu keputusan konsensus maksudnya semua kepimpinan dalam PH bersetuju. Ini agak menakjubkan kerana Dr Mahathir walaupun dikatakan sebagai ikon politik yang penuh pengalaman tetapi parti beliau, PPBM tidak mempunyai sejarah kekuatan politik. 
 
"Ini menggambarkan agak terdesak PH untuk menggunakan apa sahaja cara ataupun faktor untuk menjatuhkan BN atau secara lebih spesifik lagi untuk jatuhkan PM. Jadi sebab itu mereka dikatakan secara konsensus bersetuju Dr Mahathir jadi pengerusi," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Semalam, Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar mendakwa Dr Mahathir mempunyai kuasa eksekutif selepas dilantik menjadi Pengerusi PH, namun segala keputusan tertakluk kepada konsensus keempat-empat parti komponen dalam gabungan berkenaan. 
 
Malah katanya, pemilihan itu juga dipersetujui Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Kata Azmi lagi, adalah tidak mustahil untuk mengatakan bahawa DAP mempunyai peranan besar dalam menentukan Dr Mahathir untuk mendapat jawatan tersebut.
 
"DAP dikatakan paling senior dalam PH, paling banyak kerusi dan besar kemungkinan apabila dikatakan konsensus DAP juga bersetuju. Dan kalau kita lihat dari segi strateginya memang mereka mahukan Dr Mahathir menjadi pengerusi sebab mereka tahu perjalanan karier Dr Mahathir agak terhad dan senang dipengaruhi DAP. 
 
"Walaupun Dr Mahathir (ada) pengalaman, ikon politiknya begitu besar tetapi di belakangnya siapa yang dikatakan mencaturkan strategi, itu dikatakan bahawa semua keputusan PH walaupun dikatakan secara konsensus tetapi DAP yang memainkan peranan utama untuk tentukan konsensus dicapai," ujar beliau.
 
PH pada sidang medianya lewat malam Khamis mengumumkan Dr Mahathir sebagai Pengerusinya, manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai Ketua Umum, jawatan sama yang disandang beliau dalam PKR.
 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula dilantik sebagai presiden PH. 
 
DAP pula hanya diwakili Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng yang dilantik sebagai timbalan presiden PH, sementara naib presiden DAP dari Sarawak, Chong Chieng Jen, dinamakan sebagai naib presiden PH.
 
 


Thus Article Tun M pegang kuasa eksekutif bukti DAP masih dominasi PH, dakwa penganalisis

Itulah artikel Tun M pegang kuasa eksekutif bukti DAP masih dominasi PH, dakwa penganalisis Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tun M pegang kuasa eksekutif bukti DAP masih dominasi PH, dakwa penganalisis dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/07/tun-m-pegang-kuasa-eksekutif-bukti-dap.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tun M pegang kuasa eksekutif bukti DAP masih dominasi PH, dakwa penganalisis"

Catat Ulasan

Loading...