Loading...

Boleh Datangkan Bahaya Kepada Kulit Dan Saraf, KKM Senarai 7 Lagi Produk Kosmetik Merbahaya Di Pasaran

Loading...
Boleh Datangkan Bahaya Kepada Kulit Dan Saraf, KKM Senarai 7 Lagi Produk Kosmetik Merbahaya Di Pasaran - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Boleh Datangkan Bahaya Kepada Kulit Dan Saraf, KKM Senarai 7 Lagi Produk Kosmetik Merbahaya Di Pasaran, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Boleh Datangkan Bahaya Kepada Kulit Dan Saraf, KKM Senarai 7 Lagi Produk Kosmetik Merbahaya Di Pasaran
link : Boleh Datangkan Bahaya Kepada Kulit Dan Saraf, KKM Senarai 7 Lagi Produk Kosmetik Merbahaya Di Pasaran

Baca juga


Boleh Datangkan Bahaya Kepada Kulit Dan Saraf, KKM Senarai 7 Lagi Produk Kosmetik Merbahaya Di Pasaran


Jika sebelum ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyenaraikan begitu banyak produk kosmetik tempaan yang dipercayai tidak selamat kerana mengandungi racun berjadual, nampaknya hari ini KKM telah mengesan tujuh produk terbaru di pasaran mengandungi racun berjadual.

Memetik laporan Bernama, produk-produk berkenaan dipercayai mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Produk yang dikenal pasti adalah Night Glowing, Night Glow, Glowing Speed Gold Day Cream, Glowing Speed Gold Night Cream, Qu Gebu AP Krim, Nour Ain Night Cream dan Royal Expert Whitening Cream.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata,  notifikasi produk kosmetik itu dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi berikutan pengesanan bahan racun berjadual.

“Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

“Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.

“Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit,” katanya.

BACA: Tolong Jangan Guna Produk Kosmetik Yang Telah Disenaraikan Ini Kerana Isu Campur Palsu Termasuk Racun Berjadual - NPRA

Menurut beliau, banyak terdapat produk kosmetik yang dicampur palsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.

“Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

“Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

“Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut mendedahkan akibat buruk pendedahan kepada merkuri turut boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.

“Bayi dan kanak-kanak kecil terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari ke dalam mulut.

“Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” katanya.

Pihak KKM telah mengeluarkan amaran supaya pihak penjual dan pengedar produk-produk berkenaan menghentikan jualan dan pengedaran produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.

Katanya, penjual  diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 di mana ndividu yang melakukan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

Denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

Syarikat yang melakukan kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Dr Noor berkata, orang awam yang menggunakan produk kosmetik ini dinasihati untuk segera menghentikannya dan mendapatkan nasihat kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan.

Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada [email protected] atau hubungi talian 03-78835400. - Siakapkeli.my



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qlIIn4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Boleh Datangkan Bahaya Kepada Kulit Dan Saraf, KKM Senarai 7 Lagi Produk Kosmetik Merbahaya Di Pasaran

Itulah artikel Boleh Datangkan Bahaya Kepada Kulit Dan Saraf, KKM Senarai 7 Lagi Produk Kosmetik Merbahaya Di Pasaran Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Boleh Datangkan Bahaya Kepada Kulit Dan Saraf, KKM Senarai 7 Lagi Produk Kosmetik Merbahaya Di Pasaran dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/boleh-datangkan-bahaya-kepada-kulit-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Boleh Datangkan Bahaya Kepada Kulit Dan Saraf, KKM Senarai 7 Lagi Produk Kosmetik Merbahaya Di Pasaran"

Catat Ulasan

Loading...