Loading...

Agenda Memburukkan Imej Islam

Loading...
Agenda Memburukkan Imej Islam - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Agenda Memburukkan Imej Islam, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Agenda Memburukkan Imej Islam
link : Agenda Memburukkan Imej Islam

Baca juga


Agenda Memburukkan Imej Islam

Memburukkan Imej Islam
======== 
1. Empat remaja iaitu Low Shi Haur, 21; Tan Khim Siang, 19, dan dua lagi yang berusia 16 serta 17 tahun telah ditahan atas pertuduhan membunuh Mak Nyah. Ketika berita kejadian bunuh ini dilaporkan media, ramai yang memberikan persepsi buruk terhadap Islam. 

2. Terkadang ia sudah menjadi agenda siber untuk menampilkan Islam dengan imej yang buruk. Perkara ini bukanlah suatu yang baharu. Idea membunuh imej Islam ini telah dilalui oleh para Nabi.

3. Menurut Ibn Abbas, Nabi Nuh telah melalui pengalaman yang sama. Beliau dituduh sebagai gila ketika menyampaikan Islam pada kaumnya. Firaun juga turut menggunakan kaedah yang sama, membina imej negatif terhadap Nabi Musa. Allah merekodkan insiden ini di dalam al-Quran:

قَالَ إِنَّ رَسُولَكُمُ ٱلَّذِىٓ أُرْسِلَ إِلَيْكُمْ لَمَجْنُونٌ

“(Kata Firaun), Sesungguhnya Rasul yang diutuskan kepada kamu itu adalah seorang yang gila.”

4. Malah Rasulullah turut mengalami situasi yang sama. Quraysh berpakat memburukkan imej Rasulullah bagi menjauhkan manusia dari Islam. Baginda disifatkan dengan pelbagai sifat negatif sebagai satu serangan karakter (character assassination) ke atas Rasulullah.

5. Abu Lahab dikatakan berdiri dibelakang Rasulullah dan melaungkan kepada orang disekeliling bahawa “jangan ikut orang gila ini”. Laluan-laluan pintu masuk jemaah haji ditempatkan pemberita palsu yang akan berpesan kepada jemaah haji dari luar supaya jangan dengar kata-kata dari Muhammad. Begitulah bersungguhnya Quraysh memburukkan imej Rasulullah dan Islam.

6. Hari ini perkara yang sama masih berlaku. Terdapat sebahagian media yang dilihat secara konsisten memberikan imej yang negatif terhadap Islam. Apa yang membimbangkan, slot-slot drama terkadang turut membina watak dan plot yang aneh yang secara tidak langsung memberikan persepsi buruk terhadap Islam.

Moga Allah memelihara Islam dan Muslim dari fitnah yang dicipta.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

#CelahGelegar 


Thus Article Agenda Memburukkan Imej Islam

Itulah artikel Agenda Memburukkan Imej Islam Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Agenda Memburukkan Imej Islam dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/12/agenda-memburukkan-imej-islam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Agenda Memburukkan Imej Islam"

Catat Ulasan

Loading...