Loading...
Tajuk : Amaran Nur Sajat
link : Amaran Nur Sajat
Amaran Nur Sajat
PETALING JAYA: Usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamarul Zaman memberi amaran keras untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang memfitnah dan membuat tuduhan palsu terhadap beliau selepas ini.
Nur Sajat dalam kenyataannya berkata, beliau kesal dengan tindakan pelbagai pihak terutama di media sosial yang jelas ingin menjejaskan reputasinya sebagai usahawan.
"Setelah berbincang dengan peguam, saya membuat kenyataan tegas bahawa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan kepada mana-mana pihak yang terus membuat tuduhan palsu dan fitnah terhadap saya selepas ini.
"Saya akan menuntut ganti rugi dan tindakan 'relief' sewajarnya di bawah undang-undang," katanya menerusi kenyataan yang di akaun Instagram dan Facebook beliau.
Amaran keras Nur Sajat dipercayai ekoran pelbagai kecaman dan fitnah terhadap beliau sejak kebelakangan ini.
Terbaharu, beliau dikritik dan dikecam netizen berhubung gambar bersama seorang jejaka berbadan sasa tetapi ditutup wajah lelaki itu yang dimuat naik di Instagramnya, Ahad lalu.
"Kadang-kadang, ada benda kita kena rahsiakan... rahsia siapa pasangan kita... so kena tutup mukanya... supaya menjadi teka teki... selamat berbuka," demikian keterangan gambar yang dimuat naik Nur Sajat yang disertakan dengan hashtag #happytime #janganmengata #LetsCantik #nursajat02 dan terdapat juga emoji sekuntum bunga.
Bagaimanapun, Nur Sajat tampil membuat pengakuan kepada mStar Online bahawa gambar berkenaan sebenarnya hanyalah sebahagian daripada strategi pemasaran rangkaian produk kecantikan dan penjagaan diri keluaran syarikatnya.
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sg4XrZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Amaran Nur Sajat
Itulah artikel Amaran Nur Sajat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Amaran Nur Sajat dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/05/amaran-nur-sajat.html
0 Response to "Amaran Nur Sajat"
Catat Ulasan