Loading...

Madrasah Tahfiz Al-Jauhar Masih Terima Sokongan Kuat

Loading...
Madrasah Tahfiz Al-Jauhar Masih Terima Sokongan Kuat - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Madrasah Tahfiz Al-Jauhar Masih Terima Sokongan Kuat, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Madrasah Tahfiz Al-Jauhar Masih Terima Sokongan Kuat
link : Madrasah Tahfiz Al-Jauhar Masih Terima Sokongan Kuat

Baca juga


Madrasah Tahfiz Al-Jauhar Masih Terima Sokongan Kuat

KOTA TINGGI – Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kampung Lukut, dekat sini, masih menerima sokongan kuat dari ibu bapa dan masyarakat meskipun selepas terpalit dengan kontroversi ekoran kematian seorang pelajarnya baru-baru ini.

Pelajar Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi meninggal dunia selepas didakwa dipukul pembantu warden madrasah itu.

Pengetuanya Mohammad Afdhaluddin Ismail berkata jika melihat isu yang berlaku, ia merupakan sesuatu yang begitu menyedihkan pernah terjadi ke atas madrasah itu.

Bagaimanapun katanya, pihak madrasah menerima perkara itu sebagai pengajaran dan akan sentiasa memperbaiki kekurangan dari semasa ke semasa.

“Apa yang boleh kami baiki akan kami baiki. Selepas isu itu, sokongan ibu bapa terhadap madrasah ini tetap kuat. Tidak ada ibu bapa yang mengeluarkan anak mereka atas alasan kes yang berlaku.

“Selepas kejadian itu, pihak kami juga menerima lebih 10 permohonan kemasukan pelajar baharu ke madrasah ini, selepas Syawal ini.

“Alhamdulillah, sokongan dan kepercayaan masyarakat terhadap madrasah ini masih ada,” katanya kepada pemberita selepas Program Ihya Ramadan Parlimen Tenggara, yang disempurnakan Ahli Parlimen Tenggara Datuk Halimah Mohamed Sadique, di sini hari ini.

Tambahnya, pengambilan pelajar baharu kebiasaannya dilakukan pada hujung tahun, namun pihak madrasah menerima permohonan kemasukan pelajar baharu tersebut bertujuan untuk meraikan mereka meskipun kapasiti pelajar sudah mencukupi.

Dalam pada itu, Halimah, yang juga Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada pengetua dan tenaga pengajar kerana dapat memimpin madrasah berkenaan dengan baik.

“Paling penting kita mahu ucapkan terima kasih kepada ibu bapa kerana walau apa pun berlaku, masih berikan keyakinan penuh dengan misi yang sedang dilaksanakan madrasah ini,” katanya yang turut menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan kepada madrasah berkenaan. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tcsfyj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Madrasah Tahfiz Al-Jauhar Masih Terima Sokongan Kuat

Itulah artikel Madrasah Tahfiz Al-Jauhar Masih Terima Sokongan Kuat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Madrasah Tahfiz Al-Jauhar Masih Terima Sokongan Kuat dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/madrasah-tahfiz-al-jauhar-masih-terima.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Madrasah Tahfiz Al-Jauhar Masih Terima Sokongan Kuat"

Catat Ulasan

Loading...