Loading...

WAHAI PEMFITNAH, Sila tampil bawa bukti...

Loading...
WAHAI PEMFITNAH, Sila tampil bawa bukti... - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk WAHAI PEMFITNAH, Sila tampil bawa bukti..., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : WAHAI PEMFITNAH, Sila tampil bawa bukti...
link : WAHAI PEMFITNAH, Sila tampil bawa bukti...

Baca juga


WAHAI PEMFITNAH, Sila tampil bawa bukti...

SAYA berharap semua pihak yang mengatakan ada bukti berkaitan kes itu supaya tampil ke depan dan bawa bukti berkenaan,” kata bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa.

Beliau ditemui selepas hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan beberapa pemimpin PAS menerima wang RM90 juta disyaki daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Nasharudin berkata, beliau berpuas hati dengan tahap profesionalisme pegawai SPRM dalam mengendalikan siasatan berkenaan selain berterima kasih kerana diberi peluang membuat berserta bukti.

Menurutnya, beliau turut mengemukakan beberapa dokumen termasuk penyata kewangan Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMMF) dan akaun peribadinya kepada SPRM sebagai sebahagian daripada proses siasatan.

“Saya berpuas hati dengan SPRM dan pertemuan tadi. Saya amat berterima kasih kerana diberi peluang oleh SPRM untuk membuat penjelasan dengan bukti,” katanya ketika ditemui media di luar bangunan Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini.

Nasharudin memberi keterangan lebih tiga jam kepada SPRM berhubung siasatan kes berkenaan.

Beliau ialah antara pemimpin politik yang dipanggil oleh SPRM berhubung siasatan kes berkenaan.

Seorang lagi pemimpin yang turut memberi keterangan pagi tadi ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz di SPRM Kelantan.

Seorang lagi yang dikatakan akan memberi keterangan di ibu pejabat SPRM ialah Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Husam Musa, namun beliau tidak kelihatan hadir pada hari ini.

Nasharudin berkata, antara soalan yang dikemukakan SPRM kepada beliau adalah daripada mana sumber kewangan berkenaan diperoleh dan bagaimana wang itu keluar.

“Saya jawab (soalan). Semuanya termaktub dalam penyata kewangan,” katanya.

Nasharudin berkata, beliau memberi sepenuh kepercayaan kepada SPRM untuk menyiasat dakwaan itu.

“Saya yakin profesionalisme yang ada pada SPRM. Hasil siasatan terserah kepada SPRM.

“Biar SPRM siasat dan buat kenyataan sama ada ada atau pun tidak (dakwaan) untuk merungkai kebenaran,” katanya. - MetroTv


Thus Article WAHAI PEMFITNAH, Sila tampil bawa bukti...

Itulah artikel WAHAI PEMFITNAH, Sila tampil bawa bukti... Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel WAHAI PEMFITNAH, Sila tampil bawa bukti... dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2019/02/wahai-pemfitnah-sila-tampil-bawa-bukti.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "WAHAI PEMFITNAH, Sila tampil bawa bukti..."

Catat Ulasan

Loading...