Loading...

‘Tuntut Guan Eng minta maaf, kembalikan dana Da Ma Cai’

Loading...
‘Tuntut Guan Eng minta maaf, kembalikan dana Da Ma Cai’ - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ‘Tuntut Guan Eng minta maaf, kembalikan dana Da Ma Cai’, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ‘Tuntut Guan Eng minta maaf, kembalikan dana Da Ma Cai’
link : ‘Tuntut Guan Eng minta maaf, kembalikan dana Da Ma Cai’

Baca juga


‘Tuntut Guan Eng minta maaf, kembalikan dana Da Ma Cai’

Pendedahan lawatan ke Turki dibiayai syarikat judi terkenal seperti ada 'hubungan istimewa' antara Da Ma Cai dengan Kementerian Kewangan

10 Jamadilakhir 1440H, Jumaat – Pemuda PAS mendesak Kementerian Kewangan mengembalikan semula dana syarikat judi terkenal, dana Da Ma Cai yang didakwa membiayai lawatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bersama delegasi pegawai kanan polis ke Turki.
Lawatan pegawai PDRM dilaporkan bertujuan untuk menjalani kursus dan mendapatkan pendedahan bagi menangani masalah mengenai perjudian dalam talian.
Bagaimanapun, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini mendedahkan bahawa lawatan sambil belajar itu dibayar oleh syarikat judi, Da Ma Cai, sekali gus telah menimbulkan pertikaian ramai pihak.
Sehubungan itu, Ketua Pemuda PAS, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi menuntut Setiausaha Agung DAP memohon maaf kepada umat Islam di Malaysia dan khususnya PDRM, kerana dengan meluluskan tajaan syarikat berkenaan.
Beliau berkata, Guan Eng perlu bertanggungjawab kerana Lembaga Totalisator terletak di bawah bidang kuasanya, apatah lagi dia telah memalukan institusi penguatkuasaan yang berlambangkan nama Allah dan Muhammad.
Lebih mencurigakan katanya, pendedahan Guan Eng menggambarkan seperti ada ‘hubungan istimewa’ antara Da Ma Cai dengan Kementerian Kewangan.
“Secara tidak langsung menunjukkan bahawa kegiatan perjudian dan industri dosa akan terus subur di negara ini disebabkan adanya ‘hubungan istimewa’ tersebut jika benar ia berlaku.
“Tindakan Guan Eng juga seolah-olah mahu memperlekehkan serta memusnahkan martabat serta integritI PDRM terutamanya di kalangan rakyat dengan mendedahkan bahawa PDRM menerima tajaan Da Ma Cai.
“Sepatutnya Guan Eng sendiri boleh menyelesaikan isu ini dengan tidak menerima tajaan tersebut dan meluluskan peruntukan di bawah Kementerian Kewangan,” katanya.
Bagaimanapun semalam, Guan Eng mendakwa bahawa keputusan meluluskan lawatan itu dibuat pada 2017, sewaktu Barisan Nasional (BN) memegang kerajaan bukan Pakatan Harapan (PH).
“Yang paling menarik perhatian ialah kelulusan bukan dibuat pada 2018, keputusan dibuat pada 2017, jadi pihak yang jadi kerajaan pada 2017 pula nak mendakwa saya, dia yang buat kita pula yang kena,” katanya. - ismaweb 


Thus Article ‘Tuntut Guan Eng minta maaf, kembalikan dana Da Ma Cai’

Itulah artikel ‘Tuntut Guan Eng minta maaf, kembalikan dana Da Ma Cai’ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ‘Tuntut Guan Eng minta maaf, kembalikan dana Da Ma Cai’ dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2019/02/tuntut-guan-eng-minta-maaf-kembalikan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "‘Tuntut Guan Eng minta maaf, kembalikan dana Da Ma Cai’"

Catat Ulasan

Loading...