Loading...

Sesekali Ke Kebun Abah

Loading...
Sesekali Ke Kebun Abah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sesekali Ke Kebun Abah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Sesekali Ke Kebun Abah
link : Sesekali Ke Kebun Abah

Baca juga


Sesekali Ke Kebun Abah

Berbudi pada tanah pasti akan mendapat hasilnya. Orang kampung kalau ada tanah dan kebun tapi tak bercucuk tanam memang rugi. Tanam lah apa saja pun yang boleh mendatangkan hasil, mesti ada keuntungannya samada untuk jangka masa pendek atau panjang. Tak semestinya duduk kampung tak boleh mendatangkan hasil dan tak boleh hidup. Kalau tanam untuk diri sendiri dan untuk jual boleh je mendatangkan pendapatan. 


Alhamdulillah rezeki abah ada banyak kebun. Kalau tak ke kebun getah yang boleh ditoreh, abah akan ke kebun getah lagi satu ni yang belum boleh ditoreh lagi. Sementara menunggu getah membesar abah tanam pisang, jagung, ubi kayu dan nenas. Memang meriah tengok kebun abah ni. Semak pun meriah lah juga sebab abah tak larat nak menebas. Tunggu anak-anak balik belum tentu rajin nak menebas. Meracun je la paling senang nak buat. 

Kebetulan masa balik haritu jagung abah tanam dah berbuah elok besar. Apa lagi, rajin pula pergi kebun kutip hasil. Masa abah tanam tak sempat nak tolong tanam. Bila balik nak tolong tanam cuaca tak mengizinkan sebab abah kata musim panas tak elok tanam jagung. Tak berhasil! Jadi, dari buat perkara sia-sia, tunggu ada hujan sikit nanti bolehlah tanam.


Abah jenis suka bercucuk tanam. Bila ada hasilnya mulalah telefon anak-anak suruh balik merasa hasil tanaman dia. Alhamdulillah, sempat juga merasa jagung manis abah tanam. Adik beradik yang lain dah merasa dulu. Ada jugalah rezeki Fiza merasa. Banyak juga Fiza ambil, berkongsi rezeki dengan keluarga mertua dan kawan-kawan lain. Rezeki dikongsi bersama. Moga murah juga rezeki abah.



Elok tersusun penuh isi jagung manis ni. Fiza paling suka makan jagung yang kecik sikit lagi sedap rasa dia. Kalau rajin sikit, leraikan jagung dari tongkol, campurkan butter dengan susu pekat. Gaul rata dan makan macam dijual kat kedai tu. Memang sedap! Kalau beli kat pasar malam pun secawan dah RM3 kalau tak silap. Jagung tanam sendiri memang puas makan sampai jemu dan berbahagi je kat orang. 

Tak tahu betul ke tidak. Kalau nak isi jagung tersusun cantik, orang yang tanam tu kena gigi cantik tersusun juga. Betul ke? Fiza pernah dengar lah dulu. Ke orang tu saja melawak je.



Thus Article Sesekali Ke Kebun Abah

Itulah artikel Sesekali Ke Kebun Abah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Sesekali Ke Kebun Abah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2019/02/sesekali-ke-kebun-abah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sesekali Ke Kebun Abah"

Catat Ulasan

Loading...