Loading...

Melayu jadi penentu gabungan BN-Pas menang dalam PRK Semenyih

Loading...
Melayu jadi penentu gabungan BN-Pas menang dalam PRK Semenyih - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Melayu jadi penentu gabungan BN-Pas menang dalam PRK Semenyih, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Melayu jadi penentu gabungan BN-Pas menang dalam PRK Semenyih
link : Melayu jadi penentu gabungan BN-Pas menang dalam PRK Semenyih

Baca juga


Melayu jadi penentu gabungan BN-Pas menang dalam PRK Semenyih

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Jumlah majoriti pengundi Melayu sebanyak 68 peratus dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang akan bermula 16 Februari ini akan menjadi kelebihan kepada gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pas untuk menewaskan Pakatan Harapan (PH).

Hal ini kerana PH dilihat masih gagal menambat hati kaum Melayu selain hilang populariti disebabkan beberapa isu sentitif yang menyentuh etnik tersebut seperti Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan kegagalan menunaikan manifesto secara menyeluruh.


Menurut pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Muhamad Nadzri Mohamed Noor, tambah menyulitkan PH untuk menang adalah populariti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kalangan Melayu dan seluruh Malaysia dengan tagline ‘malu apa boskurr’.

“Meskipun Najib dilanda pelbagai isu, tetapi BN berjaya mengguna pakai popularitinya dalam PRK Cameron Highlands. Bahkan, kedudukan BN semakin pragmatik di bawah pimpinan Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Semenyih mempunyai jumlah pengundi Melayu kritis yang tinggi dan tidak mengikat diri dengan sesebuah parti. Mereka sebaliknya mengundi berdasarkan kepentingan dan isu sama ada lokal mahupun nasional dan kawasan ini terkenal dengan melakukan peralihan undi (swing vote),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Muhamad Nadzri berkata, PH berdepan cabaran sukar di untuk menawan hati pengundi DUN Semenyih kerana faktor kegagalan perlaksanaan janji manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) khususnya mengenai pemansuhan tol.

Katanya, ramai pengundi DUN Semenyih bekerja di Lembah Klang menggunakan lebuh raya yang mempunyai tol dan kegagalan PH menunaikan janji menghapuskan tol akan menyebabkan defisit keyakinan dalam PRK nanti. -UTUSAN ONLINE


Thus Article Melayu jadi penentu gabungan BN-Pas menang dalam PRK Semenyih

Itulah artikel Melayu jadi penentu gabungan BN-Pas menang dalam PRK Semenyih Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Melayu jadi penentu gabungan BN-Pas menang dalam PRK Semenyih dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2019/02/melayu-jadi-penentu-gabungan-bn-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Melayu jadi penentu gabungan BN-Pas menang dalam PRK Semenyih"

Catat Ulasan

Loading...