Loading...

Kereta Kuda Tarikan Terbaru di Melaka

Loading...
Kereta Kuda Tarikan Terbaru di Melaka - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kereta Kuda Tarikan Terbaru di Melaka, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kereta Kuda Tarikan Terbaru di Melaka
link : Kereta Kuda Tarikan Terbaru di Melaka

Baca juga


Kereta Kuda Tarikan Terbaru di Melaka

Kali terakhir Fiza datang Melaka tahun 2014. Fuhh, lama juga tu tak jejak Melaka sekian lamanya. Agaknya sebab dah bosan sebab dah berkali-kali datang sini dan rasa macam takde apa yang menarik. Tahun 2019 baru nak jejak kaki di Melaka semula dan Fiza rasakan banyak yang baru rupanya di Bandar Hilir Melaka ni.

Selain Signage" I LOVE MELAKA" di Bandar Hilir, Tarikan terbaru adalah menaiki kereta kuda sekitar Bandar Hilir. Fiza tak pasti terbaru tahun ni ke tahun sebelumnya sebab Fiza baru tahu dan Fiza rasakan ianya tarikan terbaru lah kot. Kalau dah lama wujud kereta kuda dalam masa 4 tahun ni kiranya bukanlah tarikan terbaru pada kau orang yang dah pernah naik kereta kuda di Bandar Hilir ni.



Seusai ambil gambar di A'Famosa kononnya nak berpatah semula ke Hotel sebab masa check in hotel nak dekat dah. Kaki pun dah penat berjalan. Tapi bila ternampak banner naik kereta kuda ni harga RM10/dewasa, rasa macam teringin nak cuba pula. Alang-alang dah sampai dan kaki pun dah penat, harga pun kira berpatutan juga why not kali ni datang Melaka naik kereta kuda pula. Beca dah pernah naik, so kita naik kereta kuda pula ye.


Pada mulanya Fiza ingatkan naik kereta kuda tu penuhkan kuota seat kereta kuda tu yang boleh muatkan 4 orang dewasa. Tapi tak! Macam Fiza berdua, so naik berdua lah walaupun ada seat kosong. Nak naik kereta kuda ni kena bersabar sikit tunggu giliran sebab ramai nak naik dan kereta kuda cuma ada dua, kuda putih dan kuda coklat. Nasib lah ikut giliran dapat naik kuda yang mana satu. Masa giliran Fiza dapat naik kuda coklat ni. 


Sebelum naik kereta kuda tu posing dulu dengan kuda, boleh mintak tolong dia orang ambilkan gambar tanpa charge tambahan. Kau orang perlu bayar sebelum naik kereta kuda tu. Laluan perjalanan kereta kuda ni bermula dari pit stop kereta kuda ( Hadapan Muzium Setem) melalui jalan kota sehingga Bangunan Muzium Islam (Malacca Islamic Museum Malacca). Kemudian berpatah semula sampai depan A'Famosa dan kembali semula ke pit stop.

Walaupun tak jauh mana perjalanan kereta kuda ni tapi seronok sambil-sambil merehatkan kaki sementara. Puas hati juga naik kereta kuda di Bandar Hilir ni. Sesekali dah datang tu haruslah cuba pengalaman baru. Betul tak? 



Thus Article Kereta Kuda Tarikan Terbaru di Melaka

Itulah artikel Kereta Kuda Tarikan Terbaru di Melaka Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kereta Kuda Tarikan Terbaru di Melaka dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2019/02/kereta-kuda-tarikan-terbaru-di-melaka.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kereta Kuda Tarikan Terbaru di Melaka"

Catat Ulasan

Loading...