Loading...

Fitnah projek Land Swap Tanah Kem. Pertahanan sebelum PRU14 kini terbongkar...

Loading...
Fitnah projek Land Swap Tanah Kem. Pertahanan sebelum PRU14 kini terbongkar... - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Fitnah projek Land Swap Tanah Kem. Pertahanan sebelum PRU14 kini terbongkar..., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Fitnah projek Land Swap Tanah Kem. Pertahanan sebelum PRU14 kini terbongkar...
link : Fitnah projek Land Swap Tanah Kem. Pertahanan sebelum PRU14 kini terbongkar...

Baca juga


Fitnah projek Land Swap Tanah Kem. Pertahanan sebelum PRU14 kini terbongkar...

Sejak bulan Jun tahun lepas, satu Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang dipengerusikan bekas ketua audit negara Ambrin Buang telah meniliti semua urus niaga tukar tanah (land swap) melibatkan Kementerian Pertahanan.

Selepas 8 bulan meniliti, mereka mengeluarkan laporan bahawa terdapat keraguan di dalam 16 projek berlainan dengan syarikat-syarikat berbeza sejak tahun 1997 yang melibatkan 1,187 hektar (2,933) ekar tanah Kementerian Pertahanan bernilai RM4.75 bilion,

"Keadaan tersebut telah menyebabkan sebahagian projek telah melangkaui tempoh kontrak yang telah dipersetujui sebelum ini. Malahan terdapat projek yang telah disiapkan tetapi kualiti pembinaan tidak memuaskan," katanya.

Oleh itu, mereka menuduh bahawa adanya kerugian atau ketirisan hasil kerajaan sepanjang pelaksanaan projek land swap yang dianggar sebanyak RM500 juta.

Ini maklumbalas saya:

1. Saya bukan Menteri Pertahanan mahupun Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri ataupun Menteri Kewangan pada tahun 1997. Perdana Menteri tahun itu ialah PM ke-4 yang kini PM ke-7. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada masa itu ialah bakal PM ke-8.

2. Alhamdulillah. Laporan yang mengambil masa 8 bulan ini juga telah membuktikan bahawa Tan Sri Rafidah Aziz Malaysian Citizen telah memfitnah saya.

Beliau pernah bertegas dengan sumpah "Demi Allah" bahawa “setiap inci tanah’ berjumlah 40,000 hektar Kementerian Pertahanan dan tentera telah diswastakan kepada tiga individu" di bawah kerajaan BN semasa saya PM.
http://bit.ly/2SOTMaD

Fitnah ini yang digunakan untuk menaikkan kemarahan undi tentera sebelum PRU14 adalah sangat keji kerana nama Allah telah digunakan untuk melemparkan tuduhan ini.

3. Anggaran kerugian RM500 juta di dalam tempoh 21 tahun dari 1997 sehingga 2018 ini yang melibatkan 10.5% dari nilai tanah RM4.75 bilion juga subjektif kerana anggaran nilai tanah berubah-ubah pada setiap masa.

Apapun, pihak SPRM perlu menyiasat.

4. Projek Terowong Pulau Pinang juga menggunakan kaedah bayaran urus niaga tukar tanah (land swap) yang bernilai RM6.34 bilion iaitu jauh lebih tinggi dari 16 projek Kementerian Pertahanan dengan nilai tanah  RM4.75 bilion yang diragui.

Projek Terowong ini dianugerahkan pada tahun 2013 dan nilai tanah untuk ditukar juga dipersetujui pada tahun itu juga.

Setelah 6 tahun, kita mendapati sebarang pembinaan untuk projek ini masih belum bermula lagi dan jelas telah lewat.

Adakah nilai tanah ini di tepi pantai di kawasan paling bernilai di Pulau Pinang iaitu di Gurney Drive tidak pernah meningkat sejak dipersetujui 6 tahun dahulu?

Tan Sri Rafidah Aziz juga disaran untuk menekan Jawatankuasa ini dan Menteri Kewangan untuk menyiasat jika berlakunya kerugian atau ketirisan hasil kerajaan dalam projek Terowong ini.

Jika mahu petik nama Allah lagi atau tidak kali ini, terpulanglah kepada Tan Sri Rafidah.

Oleh :Najib Razak 


Thus Article Fitnah projek Land Swap Tanah Kem. Pertahanan sebelum PRU14 kini terbongkar...

Itulah artikel Fitnah projek Land Swap Tanah Kem. Pertahanan sebelum PRU14 kini terbongkar... Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Fitnah projek Land Swap Tanah Kem. Pertahanan sebelum PRU14 kini terbongkar... dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2019/02/fitnah-projek-land-swap-tanah-kem.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Fitnah projek Land Swap Tanah Kem. Pertahanan sebelum PRU14 kini terbongkar..."

Catat Ulasan

Loading...