Loading...

UMNO desak Peguam Negara ambil tanggungjawab

Loading...
UMNO desak Peguam Negara ambil tanggungjawab - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk UMNO desak Peguam Negara ambil tanggungjawab, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : UMNO desak Peguam Negara ambil tanggungjawab
link : UMNO desak Peguam Negara ambil tanggungjawab

Baca juga


UMNO desak Peguam Negara ambil tanggungjawab

SEREMBAN: UMNO mendesak Peguam Negara, Tommy Thomas, bertanggungjawab kerana gagal memaklumkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa enam bekas ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa terbabit dalam salah laku serius, sudah meletak jawatan.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata kegagalan itu menyebabkan penubuhan tribunal bagi menyiasat dakwaan berkenaan sekadar bersifat akademik, sia-sia dan tidak memberi kesan yang produktif, sebaliknya menyebabkan pembaziran masa dan sumber negara.
“Tahun lalu, Peguam Negara menasihati Perdana Menteri, seterusnya Yang di-Pertuan Agong mengenai keperluan menubuhkan sebuah tribunal khas bagi menyiasat sama ada wujud salah laku oleh enam bekas ahli SPR itu dalam mengendalikan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang mana jika didapati bersalah, mereka boleh dilucutkan jawatan.
“Malangnya, Peguam Negara kemudiannya terlepas pandang atau gagal memberikan nasihat perundangan yang terkini dan tepat kepada Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong selepas keenam-enam mereka meletak jawatan.
“Kegagalan ini, mencemarkan nama baik institusi Peguam Negara, Istana Negara dan Kerajaan secara keseluruhannya. Kerajaan bukan sahaja dilihat mengambil tindakan yang sia-sia tetapi sangat tidak peka dengan fakta semasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Semalam, media melaporkan, keputusan sama ada pendengaran kes membabitkan enam bekas ahli SPR terbabit di tribunal itu akan diteruskan atau tidak, akan ditentukan kemudian.
Pengerusi tribunal, Tan Sri Amar Steve Shim Lip Kiong, berkata ia berikutan pendengaran itu mungkin dianggap bersifat akademik kerana keenam-enam ahli SPR itu sudah meletak jawatan berkuat kuasa 1 Januari tahun ini.
Tribunal yang bermula pagi semalam di Mahkamah Tribunal SPR adalah bagi menyiasat 13 tuduhan berhubung peranan semua mereka dalam persiapan dan pelaksanaan PRU-14 ketika sebelum serta pada hari pengundian 9 Mei 2018.
Enam bekas ahli SPR itu ialah Tan Sri Othman Mahmood (bekas Timbalan Pengerusi SPR), Datuk Md Yusop Mansor, Datuk Abdul Aziz Khalidin, Datuk Sulaiman Narawi, Datuk K Bala Singam dan Datuk Leo Chong Chong. - BH


Thus Article UMNO desak Peguam Negara ambil tanggungjawab

Itulah artikel UMNO desak Peguam Negara ambil tanggungjawab Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel UMNO desak Peguam Negara ambil tanggungjawab dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2019/01/umno-desak-peguam-negara-ambil.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "UMNO desak Peguam Negara ambil tanggungjawab"

Catat Ulasan

Loading...