Loading...

Tips Dapur | Asingkan Sisa Makanan dan Sampah

Loading...
Tips Dapur | Asingkan Sisa Makanan dan Sampah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tips Dapur | Asingkan Sisa Makanan dan Sampah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tips Dapur | Asingkan Sisa Makanan dan Sampah
link : Tips Dapur | Asingkan Sisa Makanan dan Sampah

Baca juga


Tips Dapur | Asingkan Sisa Makanan dan Sampah

Sejak Malaysia telah mewajibkan pengasingan sisa pepejal isi rumah, sejak itulah mula mengasingkan sampah yang boleh dikitar semula dan sisa makanan yang tak boleh dikitar semula. Sisa pepejal yang boleh dikitar semula biasanya akan dibersihkan dulu sebelum dibungkus mengikut jenis seperti : 
  • Kertas - Surat khabar lama, majalah, resit, kotak kertas, risalah,  buku lama yang tidak digunakan, komik, katalog, kertas A4, kertas berwarna, bil, kotak kertas, kadbod, kalender, sampul surat, poskad, risalah, dan bungkusan pos. 
  • Plastik - Botol minuman, bekas makanan, bekas ubat, bekas sabun, dan lain-lain 
  • Kaca/Seramik - Botol kicap, botol sos, botol minuman, botol ubat, bekas kosmetik dan sebagainya.
  • Tin aluminium/besi/logam lain - Tin minuman ringan, tin makanan, tin biskut, alatan dapur dan lain-lain
  • Sisa elektrik/barang elektrik kecil - Bateri, peralatan elektrik, lampu kalimantang, lampu LED, cerek elektrik, dapur elektrik dan sebagainya. 
  • Bahan fabrik/kasut/getah/kulit - Kasut, beg tangan, pakaian, sarung tangan dan sebagainya. 
  • Sisa berbahaya - Botol penyembur ubat nyamuk, tin cat, bekas racun, bekas bahan pelarut, bekas ubat anai-anai dan sebagainya.
Biasanya Fiza akan asingkan sampah kitar semula dalam plastik dan letakkan pada hari kutipan (selasa). Bila dah asingkan sampah kitar semula ni lebih memudahkan kerja orang lain juga. Macamana dengan sisa makanan pula? Untuk sisa makanan Fiza akan asingkan dengan sisa sampah yang lain. Sediakan bekas sampah khas untuk sisa makanan sahaja.


Kalau rumah di Jepun, mereka menggunakan “Sankaku Koona” atau Sudut Tiga Segi iaitu satu bekas yang diletakkan di sudut sinki bagi untuk pembuangan sisa makanan. Cara ini sangat pratikal dan bagus untuk pengasingan sisa makanan basah untuk mengelakkan sinki dan longkang tersebut. Selain itu sampah sisa makanan tidak terdedah yang boleh mengundang semut, cicak dan lalat.

Disebabkan penapis non woven susah nak dapat. Jadi, Fiza guna kaedah yang berbeza tapi masih mengamalkan pengasingan sisa makanan. Cara Fiza, letakkan plastik dan alas dengan kertas supaya sisa makanan basah dapat diserap untuk elakkan air bertakung dan berbau. Jadi, bila dah penuh terus ikat dan sampah pun tidak basah berair.


Untuk sampah biasa yang bukan dikitar semula, Fiza pilih tong sampah bertutup untuk elakkan lalat, semut dan cicak datang tanpa diundang. Sampah kalau dihurung lalat, mulalah akan berulat. Semut pun rajin bawa sampah entah kemana sampai boleh berkampung. Macam biasa, letak juga kertas selepas letak plastik sampah. Luar tong sampah pula Fiza akan pastikan bersih walaupun hanya tong sampah.

Kadang kalau ada tersilap buang sampah dan tercalit kotoran, kejap je semut sekampung datang. Tak pasal ada kerja baru nak membersihkan satu hal. Kebersihan dapur haruslah di utamakan. Dan sebelum tidur Fiza akan pastikan dapur dah siap dibersihkan. Jadi, esoknya barulah ada mood memasak bila dapur dah bersih.


Walaupun pengasingan sisa makanan dan sampah biasa ni nampak remeh tapi sepatutnya dipratikkan oleh dalam seharian hidup kita. Kebersihan persekitaran haruslah diutamakan. Tak gitu wahai pembaca sekalian?



Thus Article Tips Dapur | Asingkan Sisa Makanan dan Sampah

Itulah artikel Tips Dapur | Asingkan Sisa Makanan dan Sampah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tips Dapur | Asingkan Sisa Makanan dan Sampah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2019/01/tips-dapur-asingkan-sisa-makanan-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tips Dapur | Asingkan Sisa Makanan dan Sampah"

Catat Ulasan

Loading...