Loading...

Tip solekan untuk remaja.

Loading...
Tip solekan untuk remaja. - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tip solekan untuk remaja., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tip solekan untuk remaja.
link : Tip solekan untuk remaja.

Baca juga


Tip solekan untuk remaja.

Tip solekan untuk remaja. Assalamualaikum wbt. Dulu, masa cikla masih remaja (sekarang pun remaja jugak, tapi remaja purba, haha), memang cikla ni tak suka bersolek sangat terutama kalau keluar rumah. Paling koman pun, cikla akan pakai bedak, itupun bedak talkum tu dengan celak sikit. lips gloss ke, lips ice ke, lipsmatte ke, hatta bincu pun cikla tak pakai. Haha.

So, korang yang remaja tu nak tak tau apakah tip solekan mudah supaya korang nampak cantik terutama bila berhadapan dengan orang ramai. 

Kalau nak, jom baca sampai habissss. 

6 tip solekan untuk remaja yang mudah. 

Tip solekan untuk remaja.
Gambar diubahsuai dari carian Google. Tip solekan untuk remaja.

Kenal dulu warna dan jenis kulit korang. 
Kalau korang nak tau, warna kulit kita ni tak sama tau. Setiap orang mempunyai tingkat warna yang lain-lain. 

Ada yang berkulit coklat gelap, sawo matang, putih kuning, coklat, putih pucat sebagainya. 

Itu belum lagi jenis kulit dia macam mana. Jenis berminyak ke, kering ke dan kombinasi. Sebab, setiap jenis kulit ni, alat solek dia pun tak sama tau. 

So, memang kena tau tu. 

Pakai pelembap. 
Ada orang, memakai pelembap ni memang wajib. Haaa, betullah tu kan. Lagi satu, nak pilih pelembap pun biarlah tepat dan sesuai dengan jenis kulit kita. 

Kalau korang nak tau, ia penting sebab inilah asas supaya solekan kita tahan lama. Takdelah nanti baru je mekap dah cair. Hehe. 

Selain itu, pelembap juga berfungsi sebagai perawatan dasar, dan menjadi pelindung kulit. Lebih kurang macam protection laaaa. 

Rona asas. 
Sebelum korang pakai bedak asas, pastikan korang menyapu warna asas dulu sebab ia berfungsi sebagai 'penjaga' solekan supaya tahan lebih lama dah nampak fresh je walaupun dah mekap beberapa jam yang lalu. Best kan? 

Pilih bedak asas yang tepat. 
Haa, ni lagi satu yang penting. Kalau korang nak tau, bedak asas fungsi dia untuk meratakan warna kulit. 

So, apa yang terbaik cari bedak asas yang warnanya hampir sama dengan warna atau ton kulit korang. 

Tapi, korang jangan pakai bedak asas tu pada seluruh muka korang, nanti nampak macam topeng pulak. Just korang sapu secara nipis pada kedua-dua belah pipi, hidung dan dagu. 

Lepas tu, baru pakai bedak dengan warna senada. Masa sapu tu pun bukan menyapukan dengan span macam kita sapu tu je tapi sapu tu just tepuk-tepuk je. So, nanti takdelah bertompok kan bedaknya. 

Pakai maskara. 
Korang tak payah nak berbulu mata palsu bagai atau pun pakai celak tebal-tebal kekonon nak bagi mata tu nampak indah. Jangan, sebab ini akan buat korang nampak lagi tua. 

Korang just pakai je pelentik bulu mata dengan maskara. Dah. Maskara pulak pilih yang jenis kalis air. Lawa ooo. 

Gincu dan pengilat bibir. 
Korang sapu salap bibir, lepas tu pakai gincu warna coklat pudar. Gincu macam ni sesuailah kalau korang nak berpergi berlibur bersama teteman. 

Kalau korang suka, boleh je nak oles pengilat bibir warna senada dengan gincu tu. Nampak lagi fresshhh. 

Selamat mencuba. 

Kredit Ruangan Hati, Harian Metro. 



Thus Article Tip solekan untuk remaja.

Itulah artikel Tip solekan untuk remaja. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tip solekan untuk remaja. dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2019/01/tip-solekan-untuk-remaja.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tip solekan untuk remaja."

Catat Ulasan

Loading...