Loading...

Takrif menghina: Parlimen tak patut ambil kuasa mahkamah, kata pakar Perlembagaan

Loading...
Takrif menghina: Parlimen tak patut ambil kuasa mahkamah, kata pakar Perlembagaan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Takrif menghina: Parlimen tak patut ambil kuasa mahkamah, kata pakar Perlembagaan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Takrif menghina: Parlimen tak patut ambil kuasa mahkamah, kata pakar Perlembagaan
link : Takrif menghina: Parlimen tak patut ambil kuasa mahkamah, kata pakar Perlembagaan

Baca juga


Takrif menghina: Parlimen tak patut ambil kuasa mahkamah, kata pakar Perlembagaan

Pakar Perlembagaan Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata kerajaan sewajarnya menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan tafsiran sama ada sesuatu perbuatan atau kenyataan boleh dianggap "menghina" di bawah Akta Hasutan.
Jelas Shamrahayu, parlimen akan mengehadkan kuasa mahkamah sekiranya kerajaan mengambil alih penakrifan perbuatan atau kenyataan yang diangga menghina.
"Pada pandangan saya, jika kerajaan mahu huraikan (takrif maksud penghinaan) ia akan mengehadkan kuasa mahkamah, kerana mahkamah menentukan tafsiran penghinaan mengikut keadaan kes.
"Jika mahkamah yang menentukan maka kuasa mahkamah lebih luas, tetapi jika Parlimen (kerajaan) memperincikan ia akan mengehadkan kuasa mahkamah.
"Sebab itu dalam hal ini kerajaan perlu teliti dengan sebaik mungkin dan bagi saya adalah lebih baik mahkamah menilai (menentukan) maksud penghinaan mengikut situasai semasa.
"Dalam hal ini, pihak polis juga dapat melakukan siasatan mereka dengan lebih luas dan ini tidak bermakna kita menyekat kebebasan bersuara," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata, kerajaan akan menjelaskan takrifan mengenai sesuatu perbuatan atau kenyataan yang boleh dianggap menghina sebagai panduan kepada agensi penguatkuasa undang-undang.
Mengulas penahanan tiga individu di bawah Akta Hasutan baru-baru ini, Mahathir berkata pihak berkuasa pada masa ini tidak memahami tindakan atau perbuatan yang boleh dianggap menghina.
"Pada masa ini pihak penguatkuasaan tak faham apa yang dianggap sebagai menghina. Jadi kita perlu 'spell out' (menjelaskan) apa sebenarnya perbuatan atau perkataan yang dianggap sebagai menghina".
"Saya telah nyatakan di Malaysia sekarang ini kita amalkan kebebasan bersuara dan kebebasan bersuara ini kalau dia bercakap sesuatu perkara yang factual (berfakta), dia tak boleh disalahkan," kata Mahathir.
Sementara itu Shamrahayu berkata, cadangan untuk mewujudkan akta baru setiap kali berdepan isu baru adalah tidak relevan.
Beliau berkata, adalah memadai dengan memperkasakan lagi undang-undang sedia ada.
Memberi contoh, beliau berkata, hukuman yang dikenakan terhadap individu yang menghina institusi diraja sehingga tujuh tahun penjara adalah memadai.

"Hukuman yang dikenakan biarlah memadai kerana kita mahu seimbangkan antara kebebasan bersuara dengan kedudukan dan kemuliaan institusi diraja.
"Walaupun kita mewujudkan pelbagai akta baru, penghinaan terhadap institusi diraja semakin meningkat. Jadi kita perlu melihat punca sebenar kepada permasalahan ini.
"Mungkin pendidikan kenegaraan kita dan pemahaman tentang institusi diraja masih belum benar-benar kukuh. Begitu juga institusi diraja perlu dekat dengan masyarakat mengikut situasi semasa," katanya. - MK


Thus Article Takrif menghina: Parlimen tak patut ambil kuasa mahkamah, kata pakar Perlembagaan

Itulah artikel Takrif menghina: Parlimen tak patut ambil kuasa mahkamah, kata pakar Perlembagaan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Takrif menghina: Parlimen tak patut ambil kuasa mahkamah, kata pakar Perlembagaan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2019/01/takrif-menghina-parlimen-tak-patut.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Takrif menghina: Parlimen tak patut ambil kuasa mahkamah, kata pakar Perlembagaan"

Catat Ulasan

Loading...