Loading...

Sultan Johor menerima mengadap Dr Mahathir Khamis ini?

Loading...
Sultan Johor menerima mengadap Dr Mahathir Khamis ini? - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sultan Johor menerima mengadap Dr Mahathir Khamis ini?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Sultan Johor menerima mengadap Dr Mahathir Khamis ini?
link : Sultan Johor menerima mengadap Dr Mahathir Khamis ini?

Baca juga


Sultan Johor menerima mengadap Dr Mahathir Khamis ini?


JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, dijangka menerima mengadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Istana Bukit Serene, dekat sini, Khamis ini.
Difahamkan pertemuan pertama antara Sultan Johor dengan Dr Mahathir sejak dilantik semula sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) itu, turut disertai isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Bagaimanapun mengikut sumber, agenda pertemuan itu tidak dapat dipastikan tetapi difahamkan pertemuan itu akan turut membincangkan mengenai isu peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15.
“Dr Mahathir dan isteri diberi perkenan untuk mengadap Sultan Johor pada Khamis ini. Agenda pertemuan itu tidak diketahui tetapi sudah pasti itu menarik perhatian kerana ia pertama kali Perdana Menteri diterima mengadap sejak perubahan kerajaan tahun lalu.
“Sejak kembali mentadbir negara, Perdana Menteri tidak pernah secara rasmi bertemu Sultan Johor. Jadi, ini adalah pertemuan pertama mereka,” kata sumber kepada NSTP, hari ini.
Sementara itu, sumber menafikan khabar angin mengenai kebimbangan pihak tertentu di Putrajaya bahawa Sultan Johor mahu melaksanakan cara sendiri jika dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong.
“Di Johor, Baginda menetapkan setiap Rabu, Menteri Besar, EXCO atau pegawai jabatan kerajaan boleh mengadap bagi mengemukakan sebarang isu atau laporan.
“Terdapat kebimbangan bahawa jika Sultan Johor menjadi Yang di-Pertuan Agong, Baginda akan menggunakan cara itu untuk Perdana Menteri dan Kabinet. Perkara itu tidak benar,” katanya. - BH Online 


Thus Article Sultan Johor menerima mengadap Dr Mahathir Khamis ini?

Itulah artikel Sultan Johor menerima mengadap Dr Mahathir Khamis ini? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Sultan Johor menerima mengadap Dr Mahathir Khamis ini? dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2019/01/sultan-johor-menerima-mengadap-dr.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sultan Johor menerima mengadap Dr Mahathir Khamis ini?"

Catat Ulasan

Loading...