Loading...

Sinchew Daily laporkan ‘Pembantu Menteri’ PH Minta 30% Peruntukan Sebagai ‘Komisen’

Loading...
Sinchew Daily laporkan ‘Pembantu Menteri’ PH Minta 30% Peruntukan Sebagai ‘Komisen’ - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sinchew Daily laporkan ‘Pembantu Menteri’ PH Minta 30% Peruntukan Sebagai ‘Komisen’, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Sinchew Daily laporkan ‘Pembantu Menteri’ PH Minta 30% Peruntukan Sebagai ‘Komisen’
link : Sinchew Daily laporkan ‘Pembantu Menteri’ PH Minta 30% Peruntukan Sebagai ‘Komisen’

Baca juga


Sinchew Daily laporkan ‘Pembantu Menteri’ PH Minta 30% Peruntukan Sebagai ‘Komisen’


Sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) yang menerima peruntukan kerajaan melalui wakil rakyat dilaporkan perlu menyerahkan 30 peratus daripada jumlah yang diterima sebagai ‘komisen’ kepada seorang lelaki yang mendakwa diri sebagai pembantu kepada menteri.
Sinchew Dail melaporkan, seorang wakil rakyat di Muar, Johor telah menyediakan peruntukan kepada SRJKC untuk tujuan pembelian peralatan, tetapi lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pembantunya meminta untuk diberikan 30 peratus daripada peruntukan asal sebagai ‘komisen’ dan ‘rebat’.
PIhak Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Muar bagaimanapun menafikan lelaki itu sebagai pembantu kepada menteri.
Walau bagaimanapun, pendedahan pihak sekolah mengundang reaksi daripada lembaga-lembaga pengurusan sekolah yang kesal bahawa amalan penyelewengan kerajaan terdahulu masih berterusan.
Difahamkan, kejadian melibatkan beberapa buah SRJKC dan juga sebuah sekolah menengah  itu telah mengundang rasa tidak puas hati lembaga pengurusan dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan SRJKC Muar, Chen Da Cheng mengesahkan perkara itu kepada Sinchew Daily.
Katanya, isu berkenaan sudah dipanjangkan kepada Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) setempat.
“Lembaga pengurusan sekolah mengadu bahawa peruntukan untuk tujuan pembelian peralatan dikenakan potongan ‘komisen’ 30 peratus. Keadaan seperti ini sepatutnya tidak berlaku,” katanya.
Menurut sumber, sesetengah sekolah memilih berdiam diri dan sudah menerima peralatan yang dijanjikan.
Dalam satu kes melibatkan sekolah yang menerima peruntukan sebanyak RM20,000, ‘pembantu’ wakil rakyat menawarkan peralatan bernilai RM14,000 kepada sekolah manakala bakinya dijadikan ‘komisen’.

Permintaan ketua PIBG untuk menerima peruntukan penuh RM20,000 dalam bentuk tunai supaya pihak sekolah membeli sendiri peralatan yang diperlukan juga ditolak lelaki tersebut yang mahu peruntukan diberi dalam bentuk peralatan. - Malaysia Gazette


Thus Article Sinchew Daily laporkan ‘Pembantu Menteri’ PH Minta 30% Peruntukan Sebagai ‘Komisen’

Itulah artikel Sinchew Daily laporkan ‘Pembantu Menteri’ PH Minta 30% Peruntukan Sebagai ‘Komisen’ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Sinchew Daily laporkan ‘Pembantu Menteri’ PH Minta 30% Peruntukan Sebagai ‘Komisen’ dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2019/01/sinchew-daily-laporkan-pembantu-menteri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sinchew Daily laporkan ‘Pembantu Menteri’ PH Minta 30% Peruntukan Sebagai ‘Komisen’"

Catat Ulasan

Loading...