Loading...

Perhimpunan besar-besaran tuntut keadilan untuk Adib - UMMAH

Loading...
Perhimpunan besar-besaran tuntut keadilan untuk Adib - UMMAH - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Perhimpunan besar-besaran tuntut keadilan untuk Adib - UMMAH, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Perhimpunan besar-besaran tuntut keadilan untuk Adib - UMMAH
link : Perhimpunan besar-besaran tuntut keadilan untuk Adib - UMMAH

Baca juga


Perhimpunan besar-besaran tuntut keadilan untuk Adib - UMMAH

KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di seluruh negara jika terdapat sebarang campur tangan di dalam pengendalian siasatan berhubung kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.
Pengerusinya, Aminuddin Yahaya, berkata campur tangan itu termasuk usaha untuk melengahkan siasatan, unsur permainan politik dan sebarang cubaan untuk mengubahsuai laporan dalam proses siasatan.
Katanya, UMMAH menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan segera dan menjalankan siasatan dengan telus mengikut undang-undang sedia ada.
Kerajaan perlu mengambil tindakan segera dan tidak melengah-lengahkan (proses perundangan) berhubung kes kematian Muhammad Adib.
“Ini adalah kerana kita tidak mahu wujudnya sebarang unsur mengubah suai laporan (kematian Muhammad Adib) atau cubaan untuk melindungi mana-mana pihak atau individu.
“Perhimpunan itu kita akan buat seumpama perhimpunan membantah ICERD, cuma kali ini perhimpunan adalah untuk mempertahankan keadilan dalam konteks, untuk Muhammad Adib.
Aminuddin berkata demikian pada sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, hari ini.
Mengulas mengenai laporan yang dibuat, beliau berkata, pihaknya meminta polis menjalankan siasatan jika wujud salah laku di dalam pengendalian kes kematian Muhammad Adib.
“Ia termasuk siasatan terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas, berhubung kemungkinan kacau ganggu di dalam pengendalian kes ini.
“Apa yang penting bagi kami, pesalah perlu ditangkap dan dibicarakan secepat mungkin, ini adalah proses keadilan kepada keluarga Muhammad Adib dan undang-undang,” katanya.
Pada 27 Disember lalu, Peguam Negara dilaporkan akan mengarahkan Majistret untuk membuat inkues bagi menentukan sebab kematian Muhammad Adib.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan berkata beliau dimaklumkan sendiri oleh Peguam Negara, Tommy Thomas, hasil perbincangan yang diadakan selepas penemuan dapatan tertentu polis menerusi rakaman percakapan saksi, lakonan semula dan hasil bedah siasat pihak forensik patalogi yang hanya boleh didedahkan di mahkamah kelak.
Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya parah selepas diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lalu.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember di Institut Jantung Negara (IJN) selepas 21 hari bertarung nyawa. - BH


Thus Article Perhimpunan besar-besaran tuntut keadilan untuk Adib - UMMAH

Itulah artikel Perhimpunan besar-besaran tuntut keadilan untuk Adib - UMMAH Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Perhimpunan besar-besaran tuntut keadilan untuk Adib - UMMAH dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2019/01/perhimpunan-besar-besaran-tuntut.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Perhimpunan besar-besaran tuntut keadilan untuk Adib - UMMAH"

Catat Ulasan

Loading...