Loading...
Tajuk : Pantai Tanjung Biru Tanjung Tuan Hidden Gem Di Sebalik Bukit Batu Putih
link : Pantai Tanjung Biru Tanjung Tuan Hidden Gem Di Sebalik Bukit Batu Putih
Pantai Tanjung Biru Tanjung Tuan Hidden Gem Di Sebalik Bukit Batu Putih
Pantai tanjung biru (blue lagoon beach) di Tanjung Tuan Port Dickson hidden gem yang ramai sudah tahu akan kewujudan pantai biru yang sangat cantik terutamanya kaki hiking Bukit Batu Putih. Fiza tak pasti apa nama sebenarnya pantai ni. Disebabkan pantainya biru dan terletak di Tanjung tuan, mungkin juga namanya Pantai Tanjung Biru atau Pantai Tanjung Tuan?
Entrance, bayar RM5/dewasa |
Ada siapa tahu nama sebenar pantai ni, bolehlah tinggalkan komen ye. Okay, ini kali kedua Fiza datang sini. Pertama kali pergi Pantai Biru Tanjung Tuan masa tahun 2015. Fiza tahu kewujudan pantai ni pun sebab masa hiking Bukit Batu Putih tu nampak kat bawah tu laut biru yang cantik gila! Masa turun hiking tu memang gigih turun bawah nak pergi pantai biru tu.
Kali ni pergi memang nak pergi terus ke pantai dan tak hiking ke puncak. Lepas masuk entrance tu perlu jalan naik bukit mengikut jalan tar selama 10-15 minit dan kemudian akan jumpa penunjuk arah ke kanan. Ikut je anak panah dan jalan melalui trek hiking tu.
Kali ni pergi memang nak pergi terus ke pantai dan tak hiking ke puncak. Lepas masuk entrance tu perlu jalan naik bukit mengikut jalan tar selama 10-15 minit dan kemudian akan jumpa penunjuk arah ke kanan. Ikut je anak panah dan jalan melalui trek hiking tu.
Selepas 10-15minit sampailah ke pantai yang cantik ni. Masa Fiza datang ni ada yang pasang khemah. Mungkin bermalam atau mungkin saja untuk berehat santai tepi pantai menikmati permandangan pantai. Fiza sampai dalam pukul 10 lebih. Mujur belum panas lagi tapi struggle sikit nak meredah ikut trek hiking sebab pakai selipar jepun.
Walaupun tak berapa jauh sangat tapi nak berjalan naik bukit dan turun bukit tu penat jugalah. Lagipun dah lama tak buat aktiviti hiking, stamina dia kelaut sungguh. Biarpun penat tapi dah nampak pantai yang cukup cantik ni lupa segala penat berjalan jauh tu. Betul kan?
Selain nak menikmati keindahan pantai ni, nak photoshoot sikit untuk dapatkan gambar yang cantik-cantik. Menikmati keindahan alam ni boleh dikatakan satu terapi untuk kita. Sesekali perlu juga terapi macam ni selepas asyik fikir kerja je. Terapi macam ni percuma je. Duduk santai tepi pantai rasa bahagia dan tenang sangat.
Fiza suka pantai tanjung biru ni sebab kebersihan pantai terjaga. Pasir halus yang bersih dan airnya yang biru jernih tu memang buatkan mata ni tak puas pandang. Ombak dia pun pukul-pukul manja je. Memang sesuai untuk berehat santai mandi manda atau berkelah dengan keluarga dan kawan-kawan kau orang.
Jujur cakap Fiza tak suka mandi pantai sebab takut gelap. Tapi tak risau dah sebab dah siap-siap pakai PV Sunaway. Tengok laut macam ni punya cantik, siapa je tak teringin nak mandi pantai. Boleh plan datang lagi dan mandi manda. Masa ni datang saja-saja dan untuk ambil gambar je.
Pantai ni biasanya tak ramai datang sebab kena jalan jauh masuk hutan bagai. Tak sesuai untuk orang tua atau budak kecil. Jadi, pantai ni kurang sesak. Kalau weekend mungkin ramai akan singgah sini sebab hiker mesti tak lepaskan peluang jejak pantai ni.
Layan video ni. Tapi kualiti video kurang sikit. Tak tahulah kenapa. Masuk dalam youtube je dia jadi low quality. Huh!
Kalau kau orang bercuti di Port Dickson, Negeri Sembilan tu bolehlah singgah sini berkelah atau mandi manda di Pantai Tanjung Biru ni. Serius tempat ni sangat cantik dan tak rugi datang.
Thus Article Pantai Tanjung Biru Tanjung Tuan Hidden Gem Di Sebalik Bukit Batu Putih
Itulah artikel Pantai Tanjung Biru Tanjung Tuan Hidden Gem Di Sebalik Bukit Batu Putih Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Pantai Tanjung Biru Tanjung Tuan Hidden Gem Di Sebalik Bukit Batu Putih dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2019/01/pantai-tanjung-biru-tanjung-tuan-hidden.html
0 Response to "Pantai Tanjung Biru Tanjung Tuan Hidden Gem Di Sebalik Bukit Batu Putih"
Catat Ulasan