Loading...

Menteri India jaga kaum, menteri Cina kaut wang…..Menteri Melayu..???

Loading...
Menteri India jaga kaum, menteri Cina kaut wang…..Menteri Melayu..??? - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Menteri India jaga kaum, menteri Cina kaut wang…..Menteri Melayu..???, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Menteri India jaga kaum, menteri Cina kaut wang…..Menteri Melayu..???
link : Menteri India jaga kaum, menteri Cina kaut wang…..Menteri Melayu..???

Baca juga


Menteri India jaga kaum, menteri Cina kaut wang…..Menteri Melayu..???

10 Jamadilawal 1440H, Rabu– Tindakan Kementerian Kewangan memberikan peruntukan khas kepada sebuah kolej swasta yang ditubuhkan Dong Jiao Zong baru-baru ini, menyerlahkan perangai sebenar menterinya, Lim Guan Eng.

Ketua Pemuda Ikatan Muslim Malaysia (Isma), Muhammad Farid Hussin berkata, sikap itu jelas bertentangan dengan perjuangan ‘Malaysian Malaysia’ yang disebut Guan Eng tahun lalu.

Beliau berkata, belum cukup setahun Guan Eng menjadi menteri, pelbagai isu telah ditimbulkan sehingga mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan orang Melayu, khususnya membabitkan kenyataan rasmi kementerian dalam bahasa Cina; peruntukan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina sehinggalah dana khas untuk Kolej Universiti New Era.

“Dalam masa peruntukan untuk golongan yang memerlukan pula dipotong dalam Belanjawan 2019, terutamanya golongan petani dan nelayan. Sedangkan peruntukan diberikan kepada kolej swasta berkenaan yang langsung tidak layak menerima sumbangan tersebut.

“Nampak inilah Malaysia Baharu versi Pakatan Harapan. Menteri berbangsa India sibuk mempertahankan kepentingan kaum mereka seperti dalam isu rusuhan kuil, sementara menteri Cina sibuk memastikan peruntukan diberikan kepada kaum mereka terutama dalam pendidikan.

“Menteri Melayu pula sibuk dengan retorik ‘rahmatan lil alamin’ sebagai alasan untuk meraikan kaum-kaum lain, selain Melayu,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Muhammad Farid meluahkan rasa kesal terhadap pemerintahan kerajaan PH yang disifatkan semakin meminggirkan keistimewaan dan hak orang Melayu sebagai tuan asal negara ini.

“Orang Melayu terpaksa meminta dan mempertahankan hak mereka di tanah air sendiri apabila kerajaan tidak berperanan dengan baik, malah sebaliknya dengan menggalakkan lagi penghakisan hak kaum majoriti dan identiti negara,” katanya.

Minggu lalu, tular gambar menunjukkan Guan Eng sedang menyerahkan cek berjumlah RM193,000 kepada Kolej Universiti New Era dalam ‘Majlis Penyampian Peruntukan 2019 Kepada Kolej Universiti New Era dan Sekolah Menengah Persendirian Cina’.

Gambar tular itu sekali gus menimbulkan pertikaian daripada banyak pihak yang mempersoalkan tindakan kerajaan memberi peruntukan itu kepada kolej swasta berkenaan.

Ahad lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan bahawa peruntukan khas yang diberikan kepada Kolej Universiti New Era adalah daripada Kementerian Kewangan sendiri.

“Selaku institusi pendidikan yang bukan bermotifkan keuntungan, peruntukan yang diberikan adalah peruntukan khas Kementerian Kewangan yang diberi secara terus oleh Kementerian Kewangan kepada kolej itu dan tidak melalui Kementerian Pendidikan,” kata KPM. - ismaweb 


Thus Article Menteri India jaga kaum, menteri Cina kaut wang…..Menteri Melayu..???

Itulah artikel Menteri India jaga kaum, menteri Cina kaut wang…..Menteri Melayu..??? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Menteri India jaga kaum, menteri Cina kaut wang…..Menteri Melayu..??? dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2019/01/menteri-india-jaga-kaum-menteri-cina.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Menteri India jaga kaum, menteri Cina kaut wang…..Menteri Melayu..???"

Catat Ulasan

Loading...