Loading...

KRONI Menteri? Kenapa Great Eastern miliki kepentingan 100%?

Loading...
KRONI Menteri? Kenapa Great Eastern miliki kepentingan 100%? - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk KRONI Menteri? Kenapa Great Eastern miliki kepentingan 100%?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : KRONI Menteri? Kenapa Great Eastern miliki kepentingan 100%?
link : KRONI Menteri? Kenapa Great Eastern miliki kepentingan 100%?

Baca juga


KRONI Menteri? Kenapa Great Eastern miliki kepentingan 100%?

Akhirnya nanti, apabila banyak syarikat Takaful dan insuran tempatan gulung tikar, ia akan dituduh PEMALAS

Saya pasti bahawa dana untuk membayar Skim Perlindungan Nasional B40 bernilai RM2 Bilion ini sebenarnya ialah hasil dari langkah kerajaan PH membenarkan syarikat insuran asing beasr untuk terus menguasai pasaran tempatan.

Syarikat-syarikat insuran asing amat besar. Ini memberi kesan kepada daya saing syarikat-syarikat Takaful dan insuran tempatan yang jauh lebih kecil.

Pada tahun 2016, syarikat-syarikat insuran asing menguasai 81.7% dari industri insuran Malaysia.

Pada tahun 2017, BNM di bawah kerajaan BN memberi amaran terakhir kepada syarikat-syarikat asing untuk melepaskan sekurang-kurangnya 30% kepentingan saham di dalam operasi tempatan mereka kepada syarikat tempatan.

Langkah ini diambil untuk menggalakkan syarikat Malaysia bagi mengurangkan dominasi syarikat asing di dalam industri tempatan.

Kemungkinan besar bahawa dana RM2 bilion untuk Skim Perlindungan Nasional B40 bagi tahun ini sebenarnya datang dari syarikat insuran Singapura, Great Eastern milik bank Singapura.

Setakat ini, Great Eastern Singapura masih memiliki 100% saham di dalam operasi mereka di Malaysia yang menjana keuntunggan sebanyak RM1 bilion setiap tahun dari kita.

Saya mengesyaki Kementerian Kewangan PH telah mengarahkan BNM untuk membenarkan Great Eastern supaya tidak perlu mematuhi arahan BNM lagi dan terus memiliki kepentingan 100% di dalam operasi di Malaysia yang amat besar  dengan membayar RM2 bilion.

Ini pernah didedahkan oleh pengurusan Great Eastern sendiri di laporan media Singapura.

https://www.businesstimes.com.sg/companies-markets/great-eastern-says-rm2b-contribution-to-malaysias-new-health-insurance-plan-among

Kita tidak pasti jika pelepasan yang diberi kepada Great Eastern ini ialah untuk selama-lamanya ataupun untuk tempoh tertentu kerana ini tidak diumumkan oleh kerajaan PH.

Tetapi langkah ini tentu telah menggadaikan masa depan industri dan pasaran insuran syarikat-syarikat Takaful dan insuran negara dan kita akan terus didominasi oleh syarikat-syarikat asing yang besar.

Akhirnya nanti, apabila banyak syarikat Takaful dan insuran tempatan gulung tikar, ia akan dituduh malas berusaha.

Oleh : Najib Razak    #CelahGelegar 


Thus Article KRONI Menteri? Kenapa Great Eastern miliki kepentingan 100%?

Itulah artikel KRONI Menteri? Kenapa Great Eastern miliki kepentingan 100%? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel KRONI Menteri? Kenapa Great Eastern miliki kepentingan 100%? dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2019/01/kroni-menteri-kenapa-great-eastern.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "KRONI Menteri? Kenapa Great Eastern miliki kepentingan 100%?"

Catat Ulasan

Loading...