Loading...

Kita Tunggu Zaman PH Dividen KWSP 2018, bagi 2017 kadar paling sejak 1996

Loading...
Kita Tunggu Zaman PH Dividen KWSP 2018, bagi 2017 kadar paling sejak 1996 - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kita Tunggu Zaman PH Dividen KWSP 2018, bagi 2017 kadar paling sejak 1996, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kita Tunggu Zaman PH Dividen KWSP 2018, bagi 2017 kadar paling sejak 1996
link : Kita Tunggu Zaman PH Dividen KWSP 2018, bagi 2017 kadar paling sejak 1996

Baca juga


Kita Tunggu Zaman PH Dividen KWSP 2018, bagi 2017 kadar paling sejak 1996

Najib Razak: Dividen KWSP untuk tahun 2018 akan diumumkan tidak lama lagi.
Kadar dividen KWSP 6.9 peratus yang di umumkan tahun lepas untuk tahun 2017 adalah paling tinggi dalam tempoh 21 tahun sejak tahun 1996.
Apakah nasib pencarum-pencarum KWSP selepas PH mengambil alih kerajaan tahun lepas?
Berapa agaknya kadar dividen untuk tahun 2018?
Baru-baru ini, apabila berbincang tentang pakej projek MRT2 yang dibatalkan, saya mengulas tentang kroni saya sebenar-sebenarnya ialah rakyat. Hari ini saya ingin mengulas lebih lanjut tentang isu ini terutama tentang KWSP.

Sepanjang masa ketika saya adalah PM, kebanyakan projek-projek besar dianugerahkan kepada syarikat-syarikat di mana pemegang-pemegang saham utama adalah institusi seperti Khazanah, KWSP, Tabung Haji, PNB dan sebagainya.

Manfaat dari polisi ini, nilai dan pulangan kepada simpanan rakyat di dalam tabung-tabung ini naik dengan baik.

Kecuali tahun 2015 dan 2016 di mana harga minyak dunia menjunam dan mengakibatkan prestasi Bursa Malaysia tidak begitu baik; secara umumnya kadar dividen KWSP naik hampir setiap tahun sehingga memperoleh dividen 6.9 peratus di mana untuk tahun lalu ia adalah tertinggi bagi tempoh 20 tahun.

Dalam tempoh saya menjadi PM, jumlah aset KWSP iaitu kekayaan rakyat naik dengan pesat dari RM342 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM810 bilion pada akhir 2017.

Semasa itu, saya tidak banyak campur tangan di dalam pengurusan KWSP seperti Perdana Menteri yang satu lagi tetapi saya cuba mencari dan memberi peluang kepada mereka kerana saya faham jika KWSP untung, rakyat yang untung.

Sekian lama, PH sering membuat tomahan terhadap KWSP untuk menakutkan rakyat dan untuk memburukkan kerajaan BN kononnya KWSP sudah lama bankrap, wang KWSP di salahguna ataupun dicuri dan dividen KWSP adalah angka yang palsu dan cuma angka rekaan sahaja.

Sebagai contoh, apabila kadar dividen untuk tahun 2016 diumumkan, tiga pemimpin PH iaitu Dr Dzulkefly Ahmad dari AMANAH, Wong Chen (PKR) dan Teresa Kok dari DAP membuat kenyataan bersama bahawa kadar dividen 5.7% untuk tahun itu adalah sangat rendah kerana mereka mendakwa wang KWSP telah digunakan untuk menyelamat 1MDB dan KWSP berdepan dengan masalah kewangan.

Ya, kadar dividen 5.7 peratus untuk tahun 2016 menurun berbanding 6.4 peratus untuk tahun 2015 tetapi ini ialah kerana prestasi Bursa Malaysia tahun itu tidak berapa baik akibat krisis kejatuhan harga minyak pada tahun itu.

Tetapi bila prestasi Bursa Malaysia memulih dan bertambah baik pada tahun 2017 dan kadar dividen untuk tahun itu diumumkan ialah 6.9 peratus, pemimpin-pemimpin PH pula menuduh bahawa kadar dividen ini palsu dan hanya gula-gula untuk pilihanraya.

Tidak kira kadar dividen naik atau turun, PH tidak melepaskan peluang untuk menyuntik tomahan dan fitnah bagi menghasut rakyat. Kebenaran tidak penting untuk mereka. Dan ramai terperdaya dengan fitnah mereka.

PH sudah mengambil alih kerajaan dan KWSP selama 5 bulan tetapi tidak ada sebarang dakwaan mahupun bukti sebagaimana tuduhan mereka selama ini tentang wang KWSP dan tentang dividen - sekaligus membuktikan segala tomahan-tomahan PH terhadap KWSP selama ini adalah fitnah.

Wang KWSP memang wujud dan tetap dimiliki oleh setiap pencarum.

Apapun, saya doa dan berharap kadar dividen KWSP akan terus naik di bawah pentadbiran kerajaan PH.


Oleh : Najib Razak

Penulis adalah Perdana Menteri Malaysia Ke-6


Thus Article Kita Tunggu Zaman PH Dividen KWSP 2018, bagi 2017 kadar paling sejak 1996

Itulah artikel Kita Tunggu Zaman PH Dividen KWSP 2018, bagi 2017 kadar paling sejak 1996 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kita Tunggu Zaman PH Dividen KWSP 2018, bagi 2017 kadar paling sejak 1996 dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2019/01/kita-tunggu-zaman-ph-dividen-kwsp-2018.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kita Tunggu Zaman PH Dividen KWSP 2018, bagi 2017 kadar paling sejak 1996"

Catat Ulasan

Loading...