Loading...

Jual Aset TH kepada SPV selesai Tetapi PH masih tidak jawab kenapa TH mengalami defisit RM4.1 bilion

Loading...
Jual Aset TH kepada SPV selesai Tetapi PH masih tidak jawab kenapa TH mengalami defisit RM4.1 bilion - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jual Aset TH kepada SPV selesai Tetapi PH masih tidak jawab kenapa TH mengalami defisit RM4.1 bilion, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jual Aset TH kepada SPV selesai Tetapi PH masih tidak jawab kenapa TH mengalami defisit RM4.1 bilion
link : Jual Aset TH kepada SPV selesai Tetapi PH masih tidak jawab kenapa TH mengalami defisit RM4.1 bilion

Baca juga


Jual Aset TH kepada SPV selesai Tetapi PH masih tidak jawab kenapa TH mengalami defisit RM4.1 bilion

Melihat perkembangan semalam dan pagi ini, Tabung Haji (TH) akan mengumumkan hibah untuk tahun 2018 tidak lama lagi tetapi kadar hibah dijangka akan sangat rendah.

Pada tempoh pengumuman hibah ini, kerajaan PH tentu membuat pelbagai cerita untuk menyalahkan kerajaan BN dahulu sebagai alasan kadar hibah rendah.

Bagaimanapun, sebab utama sebenar ialah penurunan besar dalam pelaburan TH di dalam pasaran ekuiti selepas PRU14.

Kita boleh lihat kejatuhan ketara pelaburan ekuiti TH ini di dalam lampiran dari media Bloomberg yang menunjukkan nilai pelaburan TH pada permulaan tahun 2018 sebelum PRU14 berbanding nilai pada awal bulan Disember.

Baca : 
TH, Tabung Haji BUKAN Tabung Harapan: Adakah PH mahu "bank run" terhadap TH? - Najib Razak

Banyak lagi pelaburan TH dalam syarikat-syarikat yang lain turut rugi tetapi tidak ada dalam pengiraan ini.

Sudah tentu kadar hibah TH tahun ini akan jauh lebih rendah berbanding tahun lepas.

Ini sebab utama mengapa hibah rendah untuk tahun 2018. Bukan kerana defisit atau apa-apa penyelewengan.

Baca : 
Seperti dijangka, semua isu termasuk TH berakhir dengan JUAL ASET

Di dalam sidang akhbar TH semalam juga, mereka mengesahkan bahawa proses pernjualan aset TH bernilai RM19.9 bilion kepada syarikat tujuan khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan telah selesai dan melibatkan 106 ekuit dan 20 buah hartanah.

RM19.9 bilion merupakan 26% dari seluruh aset TH bernilai RM74 bilion.

SPV pula meminjam dari TH untuk membeli aset-aset TH ini dengan cara membayar TH dengan menerbitkan sukuk dan saham keutamaan boleh tebus Islam (RCPS-I) bernilai RM19.9 bilion kepada TH dengan faedah 2.5% setahun untuk 7 tahun.

Sukuk dan RCPS-I dari SPV ini tidak dijamin oleh kerajaan, tidak boleh dijual kepada mana-mana pihak - bermakna ianya hanya melambangkan aset bernilai RM19.9 bilion dalam SPV itu.

Tetapi kerajaan PH masih tidak dapat memberi jawapan mengapa TH mengalami defisit RM4.1 bilion apabila aset bernilai RM19.9 bilion ini di bawah nama TH tetapi tidak mengalami sebarang defisit bila aset-aset yang sama ialah di bawah nama SPV.

Adakah ini dengan cara "creative accounting"? 

Baca : 
Isu TH : BN TIDAK Merompak TH, TAPI kejam Kerana TERLEBIH Bayar DIVIDEN

Semalam juga, TH mengumumkan bahawa mereka bukan lagi sebuah syarikat pengurus dana dan hanya akan mentadbir dana sahaja bermula tahun ini.

Fokus pelaburan mereka telah berubah dari pelaburan di dalam ekuiti kepada pelaburan pendapatan tetap.

Baca : 
TH buat laporan polis terhadap Rafizi

Pada saya, ini tidak salah tetapi pulangan dari pelaburan pendapatan tetap biasanya ialah dari bon atau sukuk kerajaan yang memberi pulangan di bawah 4% setiap tahun.

Melihat pulangan yang dibayar untuk sukuk SPV hanya 2.5% dan pulangan untuk baki aset TH di dalam pelaburan pendapatan tetap ialah di bawah 4% setiap tahun, jumlah pendapatan kasar TH untuk tahun-tahun mendatang akan rendah di sekitar.RM2.5 bilion setahun.

Sebagai bandingan, pendapatan kasar TH untuk tahun 2016 ialah RM3.4 bilion dan hibah tahun itu 5.75%.

Pendapatan kasar TH tahun 2017 pula ialah RM4.5 bilion dan TH membayar hibah 6.25%.

Dengan mengambil kira kaedah pelaburan yang baru, kos operasi TH dan kos untuk subsidi haji setiap tahun, saya menganggarkan kadar hibah TH untuk tahun-tahun mendatang akan di bawah 3.5% setiap tahun.


Oleh : Najib Razak

Penulis adalah Perdana Menteri Malaysia Ke-6


Thus Article Jual Aset TH kepada SPV selesai Tetapi PH masih tidak jawab kenapa TH mengalami defisit RM4.1 bilion

Itulah artikel Jual Aset TH kepada SPV selesai Tetapi PH masih tidak jawab kenapa TH mengalami defisit RM4.1 bilion Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jual Aset TH kepada SPV selesai Tetapi PH masih tidak jawab kenapa TH mengalami defisit RM4.1 bilion dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2019/01/jual-aset-th-kepada-spv-selesai-tetapi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jual Aset TH kepada SPV selesai Tetapi PH masih tidak jawab kenapa TH mengalami defisit RM4.1 bilion"

Catat Ulasan

Loading...