Loading...
Tajuk : Hina Agong: Eric Liew, Azham Akhtar, Nur Alia ditahan
link : Hina Agong: Eric Liew, Azham Akhtar, Nur Alia ditahan
Hina Agong: Eric Liew, Azham Akhtar, Nur Alia ditahan
KUALA LUMPUR 9 Jan. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan tiga individu yang memuat naik komen berunsur hinaan dalam media sosial terhadap Sultan Muhammad V berkaitan isu peletakan jawatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XV, semalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, penahanan itu dilakukan selepas pihaknya menerima beberapa laporan polis berhubung tindakan pemilik-pemilik akaun tersebut.
“Kita telah menahan pemilik akaun Facebook, Eric Liew Chee Ling, 45, selain pemilik akaun Twitter, Azham Akhtar Abdullah, 26, dan Nur Alia Astaman, 25, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1984,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohamad Fuzi turut menasihatkan masyarakat supaya menggunakan medium laman sosial secara berhemah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat provokatif atau memanipulasi isu peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong XV sehingga boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi diraja negara ini.-UTUSAN ONLINE
Thus Article Hina Agong: Eric Liew, Azham Akhtar, Nur Alia ditahan
Itulah artikel Hina Agong: Eric Liew, Azham Akhtar, Nur Alia ditahan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Hina Agong: Eric Liew, Azham Akhtar, Nur Alia ditahan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2019/01/hina-agong-eric-liew-azham-akhtar-nur.html

0 Response to "Hina Agong: Eric Liew, Azham Akhtar, Nur Alia ditahan"
Catat Ulasan