Loading...
Tajuk : DAP Yang Tentukan Kedudukan Saya Sebagai Perdana Menteri – Dr Mahathir
link : DAP Yang Tentukan Kedudukan Saya Sebagai Perdana Menteri – Dr Mahathir
DAP Yang Tentukan Kedudukan Saya Sebagai Perdana Menteri – Dr Mahathir
KUALA TERENGGANU – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengakui DAP memainkan peranan penting dalam menentukan segala perkara dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) termasuk berkaitan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.
Dr. Mahathir berkata, memang pada awalnya dalam politik, DAP adalah sebuah parti seteru namun keadaan telah berubah menjadikan parti tersebut sebagai rakan sekutu kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di bawah satu pakatan, PH.
“Saya tahu ada pendapat mengatakan DAP parti musuh, tapi saya nak bagi tahu bahawa yang tentukan saya akan jadi pengerusi PH dan bakal PM (Perdana Menteri) jikalau menang dalam PRU lalu adalah DAP.
“Mereka (DAP) tentukan siapa pemimpin dan siapa akan pegang jawatan selepas berjaya ambil alih kerajaan, semuanya ini datang dari DAP. Jadi, kalau orang kata (DAP) musuh, kenapa pilih saya.
“Mereka juga sedar, kerosakan yang dilakukan pemimpin kerajaan terdahulu perlu disingkirkan dan sebab itulah kita menang dalam PRU-14,” katanya.
Thus Article DAP Yang Tentukan Kedudukan Saya Sebagai Perdana Menteri – Dr Mahathir
Itulah artikel DAP Yang Tentukan Kedudukan Saya Sebagai Perdana Menteri – Dr Mahathir Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel DAP Yang Tentukan Kedudukan Saya Sebagai Perdana Menteri – Dr Mahathir dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2019/01/dap-yang-tentukan-kedudukan-saya.html
0 Response to "DAP Yang Tentukan Kedudukan Saya Sebagai Perdana Menteri – Dr Mahathir"
Catat Ulasan