Loading...

DAP Sanggah Tun Mahathir, Projek Kereta Ke-3

Loading...
DAP Sanggah Tun Mahathir, Projek Kereta Ke-3 - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk DAP Sanggah Tun Mahathir, Projek Kereta Ke-3, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : DAP Sanggah Tun Mahathir, Projek Kereta Ke-3
link : DAP Sanggah Tun Mahathir, Projek Kereta Ke-3

Baca juga


DAP Sanggah Tun Mahathir, Projek Kereta Ke-3

Seorang veteran DAP mengingatkan kerajaan tentang kegagalan Proton, mengatakan ramai dalam kalangan rakyat masih meragui rancangan kereta nasional ke-3.
Bekas pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau berkata, Proton gagal kerana kronisme, budaya korporat mengejar keuntungan semata-mata dan rasuah di sektor swasta dan awam.
“Malaysia memerlukan dasar ekonomi tanpa campurtangan keterlaluan daripada kerajaan, membuka perniagaan untuk persaingan dan menggubal undang-undang anti-monopoli, dan mewujudkan sistem kewangan yang lebih telus,” kata Boo di Facebook.
Beliau menjawab penjelasan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Yusof mengenai projek itu.
Proton ditubuhkan pada 1983 oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dan mengeluarkan kereta pertamanya pada 1985.
Redzuan dalam satu temubual dengan FMT berkata projek kereta nasional ke-3 itu mengenai “meningkatkan kapasiti vendor sedia ada”, dan menolak pesimis yang bimbang ia akan menjadi seperti Proton.
Beliau berkata tiada dana awam akan digunakan dalam pembangunan projek itu kerana ia akan didorong oleh rakan kongsi swasta yang strategik.
“Kerajaan tidak berhasrat untuk projek itu menjadi saluran kepada mana-mana dana awam,” katanya, sambil menambah jika projek itu gagal, kerajaan tidak akan menggunakan penjamin.
Boo bagaimanapun tak yakin.
Beliau berkata tiada reformasi sejati dalam sejak pilihan raya umum lalu, dan “kerajaan baru” belum menunjukkan sebarang keazaman untuk merealisasikan reformasi.
“Dasar ekonomi bukan permainan mana-mana pemimpin. Ianya melibatkan kepentingan jangka masa panjang rakyat dan negara,” katanya. fmt


Thus Article DAP Sanggah Tun Mahathir, Projek Kereta Ke-3

Itulah artikel DAP Sanggah Tun Mahathir, Projek Kereta Ke-3 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel DAP Sanggah Tun Mahathir, Projek Kereta Ke-3 dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2019/01/dap-sanggah-tun-mahathir-projek-kereta.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "DAP Sanggah Tun Mahathir, Projek Kereta Ke-3"

Catat Ulasan

Loading...