Loading...

CLJ serah memorandum : tolak campur tangan Eksekutif dalam pemilihan YDP Agong

Loading...
CLJ serah memorandum : tolak campur tangan Eksekutif dalam pemilihan YDP Agong - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk CLJ serah memorandum : tolak campur tangan Eksekutif dalam pemilihan YDP Agong, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : CLJ serah memorandum : tolak campur tangan Eksekutif dalam pemilihan YDP Agong
link : CLJ serah memorandum : tolak campur tangan Eksekutif dalam pemilihan YDP Agong

Baca juga


CLJ serah memorandum : tolak campur tangan Eksekutif dalam pemilihan YDP Agong


Pengarah Concerned Lawyers for Justice (CLJ), Tuan Hafiz Norkhan menyerahkan memorandum kepada setiausaha politik YAB Perdana Menteri, menegaskan peri pentingnya urusan pemilihan Yang diPertuan Agong dilaksanakan bebas dari sebarang campur tangan politik.

MEMORANDUM: MENOLAK CAMPUR TANGAN EKSEKUTIF DALAM URUSAN PEMILIHAN DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-16


Kami daripada Concerned Lawyers for Justice (Pertubuhan Peguam Prihatin), berpendapat bahawa Intitusi Raja Berpelembagaan dan Majlis Raja-Raja Melayu adalah sebuah badan atau institusi yang bebas dan mempunyai peruntukan serta kuasa-kuasa mutlak di bawah Perlembagaan Persekutuan sebagai institusi atau badan yang tertinggi dan terakhir untuk semak dan imbang Kerajaan serta kuasa Perdana Menteri sebagai badan eksekutif.


Kami dengan tegasnya menolak dan membantah mana-mana campur tangan kuasa eksekutif termasuk penglibatan mana-mana ahli politik dalam urusan Pemilihan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan berharap agar Yang Amat Berhormat, Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia mengambil maklum dan memastikan pemisahan kuasa eksekutif di peringkat Persekutuan termasuk di peringkat Negeri-Negeri dalam urusan ini benar-benar berlaku dan terjamin.


Kami sebagai pengamal undang-undang dan rakyat, berasa kurang senang dengan desas desus berlakunya campur tangan dalam urusan ini dan khuatir ianya

akan mencemar kedudukan Institusi Raja dan peranan Majlis Raja-Raja Melayu sebagai sebuah badan yang mempunyai kuasa, hak dan keistimewaan yang tersendiri.

Maka, kami dan seluruh rakyat memohon agar Yang Amat Berhormat, Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dapat memastikan dan memberi jaminan bahawa tiada campur tangan eksekutif dan meminta ahli-ahli politik untuk menghormati proses Pemilihan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ini agar Majlis Raja-Raja Melayu dapat menjalankan fungsi-nya secara bebas sepertimana yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.


CONCERNED LAWYERS FOR JUSTICE


Thus Article CLJ serah memorandum : tolak campur tangan Eksekutif dalam pemilihan YDP Agong

Itulah artikel CLJ serah memorandum : tolak campur tangan Eksekutif dalam pemilihan YDP Agong Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel CLJ serah memorandum : tolak campur tangan Eksekutif dalam pemilihan YDP Agong dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2019/01/clj-serah-memorandum-tolak-campur.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "CLJ serah memorandum : tolak campur tangan Eksekutif dalam pemilihan YDP Agong"

Catat Ulasan

Loading...