Loading...

Adakah Guan Eng tidak faham perbezaan antara kolej swasta dengan universiti awam milik kerajaan?

Loading...
Adakah Guan Eng tidak faham perbezaan antara kolej swasta dengan universiti awam milik kerajaan? - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Adakah Guan Eng tidak faham perbezaan antara kolej swasta dengan universiti awam milik kerajaan?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Adakah Guan Eng tidak faham perbezaan antara kolej swasta dengan universiti awam milik kerajaan?
link : Adakah Guan Eng tidak faham perbezaan antara kolej swasta dengan universiti awam milik kerajaan?

Baca juga


Adakah Guan Eng tidak faham perbezaan antara kolej swasta dengan universiti awam milik kerajaan?

Saya setuju dengan Lim Guan Eng bahawa isu peruntukan RM6 juta kepada Kolej Universiti New Era di Selangor, Kolej Universiti Selatan di Johor dan Kolej Universiti Han Chiang di Pulau Pinang tidak patut di jadikan isu perkauman.

Tetapi alasan yang diberi oleh Guan Eng dengan membandingkan peruntukan untuk tiga kolej universiti swasta tersebut dengan peruntukan RM15 juta kepada UIAM adalah tidak masuk akal dan agak memperlekehkan rakyat.

Adakah Guan Eng tidak faham perbezaan antara kolej swasta dengan universiti awam milik kerajaan?

Isu utama sebenarnya ialah peruntukan untuk tiga kolej universiti ini tidak ada di dalam bajet 2019 untuk kementerian pendidikan dan tidak pernah dibentangkan dan diluluskan di parlimen.

Seperti diberitahu oleh Kementerian Pendidikan minggu lepas, peruntukan untuk tiga kolej universiti bukan dari bajet mereka tetapi telah diberi terus oleh Kementerian Kewangan di bawah Guan Eng.

Memang benar juga bahawa kerajaan BN dahulu pernah memberi peruntukan kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KUTAR) setiap tahun.

Ini ialah kerana janji untuk menyumbang sebahagian daripada perbelanjaan setiap tahun untuk KUTAR telah diluluskan di parlimen pada tahun 1968 apabila kebenaran diberi untuk menubuhkan sebuah pusat pendidikan Bukan Berasaskan Keuntungan (non-profit) untuk semua rakyat Malaysia dan tidak mengikut kaum.

Sebagai contoh, Menteri Pertanian PH Salahuddin Ayub adalah antara graduan dari KUTAR.

Oleh itu, KUTAR juga menerima sumbangan dari kerajaan untuk menolong perbelanjaan mengurus mereka setiap tahun sepanjang pentadbiran PM ke-4.

Hanya tahun 2019 ini sahaja, peruntukan untuk perbelanjaan mengurus bagi KUTAR dimansuhkan dengan sepenuhnya oleh kementerian kewangan kerana dendam politik DAP terhadap MCA yang merupakan pencadang untuk KUTAR semasa ianya ditubuhkan lebih dari 50 tahun dahulu.


Oleh : Najib Razak


Penulis adalah Perdana Menteri Malaysia Ke-6


Thus Article Adakah Guan Eng tidak faham perbezaan antara kolej swasta dengan universiti awam milik kerajaan?

Itulah artikel Adakah Guan Eng tidak faham perbezaan antara kolej swasta dengan universiti awam milik kerajaan? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Adakah Guan Eng tidak faham perbezaan antara kolej swasta dengan universiti awam milik kerajaan? dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2019/01/adakah-guan-eng-tidak-faham-perbezaan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Adakah Guan Eng tidak faham perbezaan antara kolej swasta dengan universiti awam milik kerajaan?"

Catat Ulasan

Loading...