Loading...

2019: Persiapan Rakyat MELAWAN ancaman pemimpin berminda PENJAJAH

Loading...
2019: Persiapan Rakyat MELAWAN ancaman pemimpin berminda PENJAJAH - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 2019: Persiapan Rakyat MELAWAN ancaman pemimpin berminda PENJAJAH, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 2019: Persiapan Rakyat MELAWAN ancaman pemimpin berminda PENJAJAH
link : 2019: Persiapan Rakyat MELAWAN ancaman pemimpin berminda PENJAJAH

Baca juga


2019: Persiapan Rakyat MELAWAN ancaman pemimpin berminda PENJAJAH

24 Rabiulakhir 1440H, Selasa – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyeru golongan muda terutama mahasiswa untuk membina tamadun kuat bagi mengatasi ancaman pihak yang cuba menggelapkan identiti Malaysia sebagai negara Islam.
Presidennya, Azam Asri berkata, sepanjang tahun 2018, pelbagai insiden membimbangkan berlaku, di mana kemanan serta perpaduan yang menjadi syarat untuk pembangunan negara semakin dihakis melalui pemimpin yang berminda penjajah.

“Isu silih berganti, ketika itu masyarakat akan melupakan isu lama dan menumpukan isu baharu. Kelompongan ini menjadikan peranan mahasiswa dan generasi muda sangat penting untuk sentiasa menekankan kepada isu sebenar yang berlaku di dalam negara.
“Sedar atau tidak, rupa bentuk negara saban hari cuba digelapkan dan diganti dengan bentuk baru yang lebih bercita rasa Barat. Justeru, kita perlu sedar untuk membina tamadun yang kuat, kita sendiri perlu yakin bahawa kekuatan, kefahaman dan kebolehan yang pada diri sendiri bukan orang lain,” katanya dalam satu perutusan bersempena Tahun Baru 2019.
Beliau berkata, tahun 2019 akan menjadi cabaran besar untuk sentiasa konsisten dalam bertembung dengan usaha mereka yang cuba menggelapkan identiti negara Malaysia sebagai negara Islam.
“Gunakanlah segala usaha dan kaedah untuk kita menyampaikan mesej ini kepada seluruh masyarakat di Malaysia. Teguhkan pendirian dan tingkatkan kefahaman agar kita tidak mudah lari dari kompas yang benar,” katanya.
Pada masa sama, Azam menyeru golongan muda menggunakan kesempatan pada tahun baru ini untuk bermuhasabah diri atas segala dosa yang pernah dilakukan.
“Bukan sekadar dosa peribadi tetapi juga dosa kita kerana lalai dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pelapis kepimpinan negara. Persiapkan diri sebaiknya agar kita mampu kembali menyumbang kepada bangsa, negara dan agama.
“Sempena tahun baru ini, langkah terus dipasak, minda terus berkembang, hati terus diluntur keikhlasan dan jiwa terus lasak,” katanya. -ismaweb   #CelahGelegar


Thus Article 2019: Persiapan Rakyat MELAWAN ancaman pemimpin berminda PENJAJAH

Itulah artikel 2019: Persiapan Rakyat MELAWAN ancaman pemimpin berminda PENJAJAH Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 2019: Persiapan Rakyat MELAWAN ancaman pemimpin berminda PENJAJAH dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2019/01/2019-persiapan-rakyat-melawan-ancaman.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "2019: Persiapan Rakyat MELAWAN ancaman pemimpin berminda PENJAJAH"

Catat Ulasan

Loading...