Loading...

Waytha Moorthy, Ganabatirau perlu bertanggungjawab kematian Adib

Loading...
Waytha Moorthy, Ganabatirau perlu bertanggungjawab kematian Adib - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Waytha Moorthy, Ganabatirau perlu bertanggungjawab kematian Adib, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Waytha Moorthy, Ganabatirau perlu bertanggungjawab kematian Adib
link : Waytha Moorthy, Ganabatirau perlu bertanggungjawab kematian Adib

Baca juga


Waytha Moorthy, Ganabatirau perlu bertanggungjawab kematian Adib

Peguam Negara, pihak berkuasa perlu bertindak tegas tanpa pilih kasih

10 Rabiulakhir 1440H, Selasa – Pemuda Ikatan Muslimim Malaysia (Isma) menuntut keadilan dengan kematian pegawai bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, yang parah dibelasah perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman Subang Jaya, dalam kejadian 26 November lalu.
Exco Penerangan dan Kajian Pemuda Isma, Muslim Abdullah Zaik berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy, Exco DAP Selangor, V Ganabatirau dan pengurusan kuil perlu bertanggungjawab sepenuhnya dengan tragedi yang berlaku.
Waytha Moorthy telah mengeluarkan kenyataan yang menyalahkan pihak polis di atas kekacauan yang berlaku di kuil tersebut. Secara tidak langsung ia menyebabkan pasukan beruniform tidak dihormati.
“Bahkan Ganabatirau juga dilihat penyumbang keganasan dalam rusuhan kuil apabila mengeluarkan kenyataan menyalahkan orang Islam. Walaupun telah meminta maaf, namun tiada tanda kekesalan namun dilihat lebih kepada pernyataan yang sangat angkuh.
“Pihak pengurusan kuil juga dilihat gagal untuk bertindak tegas dengan menyuraikan perusuh yang mana telah menyebabkan keganasan tersebut meningkat. Paling menyakitkan apabila seorang sami di kuil tersebut berbohong dengan menyalahkan pihak bomba ke atas insiden yang menimpa Allahyarham Adib,” katanya.
Muhammad Adib disahkan mengembuskan nafas terakhir selepas bertarung nyawa selama 22 hari, di Institut Jantung Negara (IJN), jam 9.41 malam tadi, akibat kecederaan parah di badan setelah dipukul perusuh kuil.
Jenazah beliau dibawa ke kampungnya di Tebengau, Kuala Sala, Kedah hari ini untuk dikebumikan.
Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Adib, Pemuda Isma menyeru keadilan ditegakkan untuk anggota bomba itu dengan segera tanpa berlengah.
“Bagi kami tanda keadilan ke atas nasib arwah Adib ditegakkan adalah apabila Waytha Moorthy, Ganabatirau dan pihak pengurusan kuil dipecat tanpa hormat, ditangkap dan dihukum.
“Peguam Negara serta pihak berkuasa perlu bertindak dengan tegas tanpa pilih kasih agar keharmonian yang berteraskan keadilan dapat ditegakkan,” katanya.
Pada 26 November lalu, Muhammad Adib diserang perusuh di kuil berkenaan tanpa mempedulikan Allahyarham ketika itu adalah seorang penjawat awam yang sedang melakukan tugas membantu orang ramai.
Dalam kejadian itu, Muhammad Adib dilaporkan ditarik perusuh di kawasan kuil ketika pasukannya berundur dari lokasi rusuhan dan dipukul tanpa belas kasihan.
Awalnya, dua jentera bomba termasuk van Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang dinaiki Muhammad Adib diserang dengan balingan batu dan objek menyebabkan berlaku kerosakan pada cermin dan badan kenderaan itu.
Dalam situasi panik untuk berundur, Allahyarham ditarik keluar dari tempat duduk penumpang van EMRS oleh perusuh dan dipercayai dipukul sehingga tidak sedarkan diri. - ismaweb


Thus Article Waytha Moorthy, Ganabatirau perlu bertanggungjawab kematian Adib

Itulah artikel Waytha Moorthy, Ganabatirau perlu bertanggungjawab kematian Adib Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Waytha Moorthy, Ganabatirau perlu bertanggungjawab kematian Adib dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/12/waytha-moorthy-ganabatirau-perlu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Waytha Moorthy, Ganabatirau perlu bertanggungjawab kematian Adib"

Catat Ulasan

Loading...