Loading...

Timb Menteri Cina, Pertubuhan Cina nilai semula buku teks Sejarah sekolah

Loading...
Timb Menteri Cina, Pertubuhan Cina nilai semula buku teks Sejarah sekolah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Timb Menteri Cina, Pertubuhan Cina nilai semula buku teks Sejarah sekolah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Timb Menteri Cina, Pertubuhan Cina nilai semula buku teks Sejarah sekolah
link : Timb Menteri Cina, Pertubuhan Cina nilai semula buku teks Sejarah sekolah

Baca juga


Timb Menteri Cina, Pertubuhan Cina nilai semula buku teks Sejarah sekolah

Satu jawatankuasa membabitkan pakar mata pelajaran Sejarah dalam Kementerian Pendidikan bersetuju bahawa subjek Sejarah sekolah rendah meliputi terlalu banyak unsur subjek lain.
Berikutan daripadanya, jawatankuasa tersebut telah bersetuju untuk menilai semula dan mengubah kandungannya.
Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, kementerian telah mengaturkan pertemuan antara wakil pertubuhan Cina untuk bertemu jawatankuasa itu serta pihak berkepentingan lain.
“Pertemuan diadakan pada 25 September dalam keadaan yang baik,” katanya kepada Sinchew Daily.
Jelasnya, Bahagian Buku Teks sejak 2014 telah mengadakan lapan bengkel berhubung cadangan pertubuhan Cina untuk menambah baik buku teks sekolah rendah.
Pembetulan juga dilakukan ke atas kesilapan penterjemahan dan masalah teknikal yang lain.
Menurut Sinchew Daily, cadangan 10 pertubuhan Cina mengenai buku teks Sejarah termasuk memasukkan kandungan mengenai pengaruh budaya India dalam kerajaan-kerajaan Melayu apabila membincangkan topik kerajaan Melayu awal dalam buku teks tahun empat.
Untuk buku teks tahun lima pula, tema sistem beraja dicadangkan ditukar kepada sistem beraja dan raja berperlembagaan; tema Islam ditukar kepada Islam serta agama dan kepercayaan utama yang lain; tema bahasa Melayu ditukar bahasa Melayu dan bahasa-bahasa ibunda kaum.
Kandungan mengenai penentangan penjajahan dicadangkan ditambah kandungan kesengsaraan semasa pendudukan Jepun dan bagaimana pejuang pelbagai kaum menentang Jepun.
Kandungan mengenai pencapaian bidang sukan dan ekonomi dalam buku teks tahun enam pula dicadang supaya dimansuhkan kerana tidak mempunyai kaitan dengan mata pelajaran Sejarah. – Malaysia Gazette #CelahGelegar 


Thus Article Timb Menteri Cina, Pertubuhan Cina nilai semula buku teks Sejarah sekolah

Itulah artikel Timb Menteri Cina, Pertubuhan Cina nilai semula buku teks Sejarah sekolah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Timb Menteri Cina, Pertubuhan Cina nilai semula buku teks Sejarah sekolah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/12/timb-menteri-cina-pertubuhan-cina-nilai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Timb Menteri Cina, Pertubuhan Cina nilai semula buku teks Sejarah sekolah"

Catat Ulasan

Loading...