Loading...

TH, Tabung Haji BUKAN Tabung Harapan: Adakah PH mahu "bank run" terhadap TH? - Najib Razak

Loading...
TH, Tabung Haji BUKAN Tabung Harapan: Adakah PH mahu "bank run" terhadap TH? - Najib Razak - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk TH, Tabung Haji BUKAN Tabung Harapan: Adakah PH mahu "bank run" terhadap TH? - Najib Razak, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : TH, Tabung Haji BUKAN Tabung Harapan: Adakah PH mahu "bank run" terhadap TH? - Najib Razak
link : TH, Tabung Haji BUKAN Tabung Harapan: Adakah PH mahu "bank run" terhadap TH? - Najib Razak

Baca juga


TH, Tabung Haji BUKAN Tabung Harapan: Adakah PH mahu "bank run" terhadap TH? - Najib Razak

Langkah kerajaan PH semalam untuk mempolitikkan Tabung Haji (TH) dengan mendakwa TH telah terlebih bayar dividend untuk 4 tahun berturut-turut sehingga mengalami defisit RM4.1 bilion serta aset TH sedang dijual bukan satu langkah yang bijak.
Lebih-lagi jika defisit ini sudah diselesaikan seperti diumum oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Mujahid Yusuf Rawa semalam juga.
Bagaimana dia selesaikan dan mengapa cepat sangat boleh diselesaikan? Itu perkara lain yang dia harus jawab.
Saya perhatikan media di bawah kawalan kerajaan pagi ini terus memainkan isu TH dan ada yang memetik bahawa sebanyak 30% dari pelaburan TH di dalam saham disenarai telah mengalami kejatuhan nilai melebihi 50%.
Pada ketika nilai pelaburan TH telah jatuh dengan banyak akibat penurunan berterusan Bursa Malaysia selepas pelabur-pelabur asing tidak berhenti untuk menarik dana mereka keluar selepas PRU14, keyakinan terhadap TH tidak perlu ditambah lagi kejutan oleh kerajaan PH.
Langkah ini telah menghakis kepercayaan pencarum-pencarum terhadap TH sehingga ada kemungkinan berlakunya "bank run" ataupun pengeluaran deposit secara beramai-ramai.
Kalau ini berlaku, maka dana dan aliran tunai TH akan terus berkurangan sehingga kestabilan TH mungkin terjejas.
Langkah kerajaan PH untuk menjadikan TH sebagai bahan politik bukan bijak. Malah, ini satu langkah yang bahaya.
Jika pengurusan TH dahulu dan juruaudit-juruaudit TH benar-benar bersalah, sila siasat dan ambil tindakan tetapi jangan politikkan.
Pada masa ini, kerajaan PH patut menyakinkan pencarum-pencarum TH dan menghentikan kenyataan dan pengumuman yang negatif mengenai TH.
TH ialah Tabung Haji dan bukan Tabung Harapan untuk kamu dijadikan bahan politik.
Oleh : Najib Razak


Thus Article TH, Tabung Haji BUKAN Tabung Harapan: Adakah PH mahu "bank run" terhadap TH? - Najib Razak

Itulah artikel TH, Tabung Haji BUKAN Tabung Harapan: Adakah PH mahu "bank run" terhadap TH? - Najib Razak Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel TH, Tabung Haji BUKAN Tabung Harapan: Adakah PH mahu "bank run" terhadap TH? - Najib Razak dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/12/th-tabung-haji-bukan-tabung-harapan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "TH, Tabung Haji BUKAN Tabung Harapan: Adakah PH mahu "bank run" terhadap TH? - Najib Razak"

Catat Ulasan

Loading...