Loading...
Tajuk : Salahuddin Ayub, Dzulkefly Ahmad dan P Waytha Moorthy meminta rakyat terima kematian itu sebagai takdir -FMT
link : Salahuddin Ayub, Dzulkefly Ahmad dan P Waytha Moorthy meminta rakyat terima kematian itu sebagai takdir -FMT
Salahuddin Ayub, Dzulkefly Ahmad dan P Waytha Moorthy meminta rakyat terima kematian itu sebagai takdir -FMT
Beberapa menteri Pakatan Harapan meminta rakyat bertenang berhubung kematian anggota bomba Muhammmad Adib Mohd Kassim yang sebelum ini kritikal dipukul perusuh di depan Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, 3 minggu lalu.
“Saya mohon satu sahaja, rakyat mesti bertenang, pelihara keamanan terimalah seadanya, kita tidak mahu sesuatu yang tidak diingini berlaku lagi,” kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub pada sidang media lewat malam tadi.
Muhammad Adib meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada pukul 9.41 malam tadi.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad menzahirkan nada yang sama dengan mengatakan pihaknya menyediakan kumpulan perubatan terbaik sepanjang Muhammad Adib menerima rawatan.
“Kita dah sediakan ‘best team’ sedaya upaya tapi ini adalah takdir keluarga. Kita guna kemudahan terbaik dengan ‘team’ forensik,” katanya.
Manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy berkata pihak polis bekerja keras bagi memastikan pesalah jenayah kejam yang menimpa Muhammad Adib dibawa ke muka pengadilan dengan pantas.
“Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Adib… kami berkongsi kesedihan keluarganya dan negara berkabung bersama keluarga Muhammad Adib dalam masa getir ini,” katanya dalam kenyataan awal pagi ini.
Menteri yang bertanggung jawab bagi perpaduan nasional dan kesejahteraan sosial itu berkata fabrik sosial negara ini terbina daripada perpaduan dan keamanan yang dikecapi sejak sekian lama.
Dalam kejadian awal pagi 27 November lalu, Muhammad Adib antara anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dikerahkan ke tempat kejadian, susulan protes berkaitan penempatan semula Kuil Sri Maha Mariamman yang menyaksikan perusuh membakar beberapa kenderaan.
Beliau cedera parah selepas ditarik keluar dari kenderaan EMRS dan diserang sekumpulan perusuh di depan kuil.
Adib dimasukkan ke unit rawatan rapi Pusat Perubatan Subang Jaya kira-kira 1 pagi 27 November lalu, sebelum dipindahkan ke IJN, keesokan malamnya. - FMT
Komen-komen di facebook FMT:
- How can murder be classified as ‘takdir’. Stop this nonsense and punish the people responsible for this act of cruelty.
- Exactly. Stupid statement by a m i n i s t e r .
- is there a return on investment from ignoring court order, burning cars and destroying properties of others?
- Hindraf kata DR ZAKIR NAIK pengganas, tiada siapa yang cedera!!!
- Tiba2x hindraf bunuh seorang bomba!!!
- Siapa pengganas??
- If only the Temple willing to move then this incident would not have happened...
- Maaf la Ye... Mmg marah dan geram sgt!!! he got nothing to do with THe temple issue!!! Kenapa pukul dia sampai meninggal??? Even Animal wont do that la brainless human!
- Kenyataan media begini mencerminkan betapa lemahnya kerajaan baharu. Mereka sibuk tapis orang UMNO yg nak masuk PH saja. Ini isu utama yg perlu diselesaikan segera. Selagi pembunuh tidak didakwa, selagi itu masyarakat akan resah
- Jgn salahkan takdir....
- Pak Menteri Sila buat kerja kamu & jgn jadikan takdir sebagai alasan & ingat nak lepas tangan begitu sahaja...
- Sembang aje lebih...
- Cakap pakai lutut, fikir pakai buntut
- kalau mangsa itu anak kamu, apa perasaan kamu???
- Jgn jadi menteri cakap tanpa pakai otak seperti kerajaan BN
- Sila percepatkan siasatan & tangkapan ke atas mereka yg terlibat, termasuk Mastermind di belakang..
- Ini perbuatan terkutuk binatang yg tdk berperikemanusiaan
- Cakap senang, tapi siapa nak bela nasib Adib? Menteri yang cetuskan riot pon masih kau simpan, all talk but no action.
- Rakyat akan berasa tenang dan berterima kasih pada Kerajaan bila Keadilan untuk arwah Adib di tuntut dengan secepat mungkin.
Thus Article Salahuddin Ayub, Dzulkefly Ahmad dan P Waytha Moorthy meminta rakyat terima kematian itu sebagai takdir -FMT
Itulah artikel Salahuddin Ayub, Dzulkefly Ahmad dan P Waytha Moorthy meminta rakyat terima kematian itu sebagai takdir -FMT Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Salahuddin Ayub, Dzulkefly Ahmad dan P Waytha Moorthy meminta rakyat terima kematian itu sebagai takdir -FMT dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/12/salahuddin-ayub-dzulkefly-ahmad-dan-p.html
0 Response to "Salahuddin Ayub, Dzulkefly Ahmad dan P Waytha Moorthy meminta rakyat terima kematian itu sebagai takdir -FMT"
Catat Ulasan