Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),  Muhammad Faiz Na'aman berkata, jika proses itu terbantut, banyak pembaharuan dan agenda penambahbaikan seiring dengan visi Malaysia Baharu tidak dapati direalisasikan.
"Akar umbi Bersatu perlu berlapang dada dan membuka pintu kepada mereka yang layak dari segi perlembagaan serta peraturan parti.
"Jika suatu ketika dahulu kita mungkin pernah kritik UMNO kerana cuba menghalang kemasukan orang baharu terutama mereka lebih berkelayakan untuk memimpin, maka janganlah ulangi perbuatan sama dalam Bersatu. Percayalah kepada kemampuan diri kita sendiri. Inilah demokrasi," katanya dalam kenyataan hari ini.
UMNO berdepan dengan krisis apabila beberapa pemimpin termasuk wakil rakyatnya mengumumkan keluar daripada parti itu dengan menjadi wakil rakyat Bebas dan ada kemudiannya menyertai parti dalam Pakatan Harapan (PH). - Bernama