Loading...
Tajuk : Puisi Mufti Perlis :"Orang-orang bangsat, membunuh insan yang berkhidmat'
link : Puisi Mufti Perlis :"Orang-orang bangsat, membunuh insan yang berkhidmat'
Puisi Mufti Perlis :"Orang-orang bangsat, membunuh insan yang berkhidmat'
Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin hari ini menukilkan sebuah puisi bagi mengambarkan hari sedih se Malaysia, susulan pemergian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kasim, 24, malam semalam.
Menulis puisi berjudul 'Hari ini bumiku menangis' Dr Asri mendedikasikannya buat perjuangan Muhammad Adib yang tegar memberi khidmat bakti buat anak bangsa meskipun pengorbanannya akhirnya meragut nyawanya sendiri.
Tulis Dr Asri, Muhammad Adib pergi dek kerana golongan yang tidak tahu bersyukur, menghasut ke arah kerosakan.
Muhammad Adib yang merupakan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.
Allahyarham Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.41 malam tadi selepas tiga minggu mendapatkan rawatan.
Berikut merupakan nukilan Dr Asri.
HARI INI BUMIKU MENANGIS
Hari ini airmataku menitis
Bumiku juga turut menangis
Pada peristiwa yang trajis
Pada darah dia yang merenjis
Orang-orang yang bangsat
yang tidak tahu hormat
membunuh insan yang berkhidmat
tanpa alasan melainkan jahat
sebalik mereka ada lidah penghasut
api permusuhan disembur disebut
segala pembohongan diangkut disangkut
kononnya di sini mereka hidup merempat melukut
setelah ditabur baik budi
diberi ruang berkongsi bumi
tidaklah pula tahu hargai
apakah itu jasa dan bakti
kita ingin hidup damai dan aman
sama berkongsi pemberian Tuhan
tapi, mesti ada adab ada sempadan
itulah kehidupan seorang insan
namun..
jika cacing naik ke mata
yang dicari hanya sengketa
maka kasarlah yang diminta
bangkit amarah bangkit segala
tiada penawar bagi pengkhianat
bawalah mereka khalayak rakyat
hukum dan undang mesti diangkat
jika pertiwi mahu harmoni selamat
perosak kedamaian mesti ditamat
Dr MAZA
18/12/18
Thus Article Puisi Mufti Perlis :"Orang-orang bangsat, membunuh insan yang berkhidmat'
Itulah artikel Puisi Mufti Perlis :"Orang-orang bangsat, membunuh insan yang berkhidmat' Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Puisi Mufti Perlis :"Orang-orang bangsat, membunuh insan yang berkhidmat' dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/12/puisi-mufti-perlis-orang-orang-bangsat.html
0 Response to "Puisi Mufti Perlis :"Orang-orang bangsat, membunuh insan yang berkhidmat'"
Catat Ulasan