Loading...
Tajuk : Pakatan ANWAR-DAP kepanasan, Tun M bawa MP Melayu Islam masuk PH
link : Pakatan ANWAR-DAP kepanasan, Tun M bawa MP Melayu Islam masuk PH
Pakatan ANWAR-DAP kepanasan, Tun M bawa MP Melayu Islam masuk PH
13 DISEMBER 2018 - Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata parti itu setakat ini menolak permintaan daripada beberapa pemimpin pembangkang yang berminat menyertai PKR.
Anwar berkata keputusan itu dibuat untuk mempertahankan integriti dan prinsip perjuangan parti serta memastikan agenda reformasi dapat dicapai. #CelahGelegar
13 DISEMBER 2018 - Tindakan beberapa Ahli Parlimen UMNO keluar parti dan berpaling kesetiaan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dianggap satu perkembangan berbahaya selain menentang sepenuhnya kehendak rakyat yang menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.
Pengerusi Biro Undang-undang Kebangsaan DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, berkata tindakan menerima pemimpin UMNO menyertai Pakatan Harapan (PH) juga adalah pengkhianatan kepada rakyat yang mahukan perubahan sebenar dan bukan sekadar sentuhan kosmetik, di mana pemimpin lama menjadi sebahagian daripada kerajaan baharu. #CelahGelegar
13 DISEMBER 2018 - Tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kemasukan bekas pemimpin UMNO, menimbulkan kegusaran dan rasa tidak senang parti komponen Pakatan Harapan (PH).
Hari ini, seorang wakil rakyat daripada parti tamak haloba dan anti-Islam, DAP, menyindir Dr Mahathir dan Bersatu kerana menerima kebanyakan bekas ahli dan pemimpin UMNO menyertai parti itu.
Setiausaha DAP Selangor, Ronnie Liu mendakwa, dia pernah mendengar Dr Mahathir menggelar pemimpin UMNO sebagai ‘tidak berguna’ dan ‘sampah’, sewaktu pertemuannya dengan beberapa aktivis serta NGO menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu. #CelahGelegar
12 DISEMBER 208 - Nurul IZZAH berkata, aktiviti melompat parti harus dihentikan demi kebajikan rakyat.
Selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei lalu, beberapa Ahli Parlimen UMNO telah keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk bekas menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. – Awani
13 DISEMBER 2018 - Naib Ketua Pemuda DAP Muhammad Shakir Ameer menyarankan pemimpin UMNO agar tidak membuang masa berbincang dengan pelbagai pihak demi 'survival' parti tersebut, sebaliknya terus bekerja kuat untuk memenangi semula hati rakyat.Thus Article Pakatan ANWAR-DAP kepanasan, Tun M bawa MP Melayu Islam masuk PH
Itulah artikel Pakatan ANWAR-DAP kepanasan, Tun M bawa MP Melayu Islam masuk PH Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Pakatan ANWAR-DAP kepanasan, Tun M bawa MP Melayu Islam masuk PH dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/12/pakatan-anwar-dap-kepanasan-tun-m-bawa.html
0 Response to "Pakatan ANWAR-DAP kepanasan, Tun M bawa MP Melayu Islam masuk PH"
Catat Ulasan