Loading...

[OTAK POLITIK GELIGA] Akal super licik OTAI politik

Loading...
[OTAK POLITIK GELIGA] Akal super licik OTAI politik - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [OTAK POLITIK GELIGA] Akal super licik OTAI politik, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [OTAK POLITIK GELIGA] Akal super licik OTAI politik
link : [OTAK POLITIK GELIGA] Akal super licik OTAI politik

Baca juga


[OTAK POLITIK GELIGA] Akal super licik OTAI politik

Berikut ialah satu sudut pandang mengenai langkah politik Tun. Mungkin salah, mungkin betul. Sekadar perkongsian

Kalau nak jatuhkan seseorang, tak semestinya dengan menyiku atau ‘cah keting’, sailang jawatan atau cantas.
Jika orang itu jenis bebal, beri dia jawatan yang akan menyebabkan dia tersungkur sendiri.
Waytha Moorty memang ekstrimis bebal. Tun tahu itu. Maka dilantiknya Waytha yang bukan ahli dewan rakyat pun, sebagai Menteri Perpaduan, bukan menteri jaga air atau letrik tau, kena faham tu.
Sengaja. Biar Waytha sendiri mengundang kemarahan rakyat. Dan sudah berlaku. Sepatutnya sudah cukup untuk Tun pecat Waytha.
Tapi, masalah Tun bukan Waytha saja. Pelan ‘pembersihan’ melibatkan banyak pihak lain lagi. DAP dan Anwar Ibrahim.
Itu sebab kalimah ICERD keluar daripada mulut Tun sendiri di UNGA.
Apabila puak DAP syok dengan kalimah ICERD yang keluar di mulut PM, di UNGA pulak tu, mereka suruh Kasthuri Patto desak dalam parlimen. Mereka nak ‘test water’, tapi mereka juga sudah masuk perangkap.
Maka meletuplah isu ICERD. Bukan kerana UMNO dan PAS sangat. Tapi masa untuk isu ini meletup memang kena sangat, selepas beberapa bulan orang Melayu, yang majoriti tak sokong PH, merasai sendiri kegagalan PH menunaikan janji PRU.
[Kerajaan tak jadi ratifikasi ICERD. Tapi kerajaan tidak halang Himpunan 812. Dalam pada PAN ejek Himpunan 812, Tun dapat apa yang dia hendak daripada Himpunan itu]
Tak puas hati dengan PH ibarat bara api, dicurah minyak dengan isu ICERD, dimarakkan dengan angin kebebalan Waytha.
Natijahnya, orang Melayu cenderung untuk bersepakat. Saya tak nampak semua itu hanya menjurus kepada pemecatan Waytha sebagai hasil yang memuaskan bagi seorang ahli politik licik seperti Tun.
Pasti, Tun akan guna semua itu, dan beberapa isu lain yang tidak muat untuk disebut di sini, untuk mengalahkan musuh politik hakikinya; DAP dan Anwar Ibrahim. Barulah berbaloi hasilnya.
Betullah, sentimen perkauman dan agama dimainkan.
Saya tidak bersetuju persepakatan Melayu berasaskan sentimen semata-mata. Perubahan dari segi asas pemikiran, akhlak dan budaya adalah amat fundamental.
Tetapi, untuk keperluan semasa kini, sentimen bangsa dan agama yang membawa kepada persepakatan itu sudah cukup baik, seribu kali lebih baik daripada perpecahan dan penghinaan diri di depan orang lain.
Apakah yang berlaku selepas ini? Berjayakah Tun mengetepikan DAP dan Anwar Ibrahim? Atau adakah semua bacaan saya ini karut belaka? Kita tunggu dan sama-sama saksikan.
Sekadar satu sudut pandang sahaja, sebagai pelajaran politik dan iktibar masa depan.
Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman
Ahli Majlis Syura Ikatan Muslimin Malaysia
- ismaweb #CelahGelegar


Thus Article [OTAK POLITIK GELIGA] Akal super licik OTAI politik

Itulah artikel [OTAK POLITIK GELIGA] Akal super licik OTAI politik Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [OTAK POLITIK GELIGA] Akal super licik OTAI politik dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/12/otak-politik-geliga-akal-super-licik.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[OTAK POLITIK GELIGA] Akal super licik OTAI politik"

Catat Ulasan

Loading...