Loading...

[MAMPOS] Dividen LTAT turun sebab pasaran saham tempatan tak menenttu - Menteri

Loading...
[MAMPOS] Dividen LTAT turun sebab pasaran saham tempatan tak menenttu - Menteri - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [MAMPOS] Dividen LTAT turun sebab pasaran saham tempatan tak menenttu - Menteri, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [MAMPOS] Dividen LTAT turun sebab pasaran saham tempatan tak menenttu - Menteri
link : [MAMPOS] Dividen LTAT turun sebab pasaran saham tempatan tak menenttu - Menteri

Baca juga


[MAMPOS] Dividen LTAT turun sebab pasaran saham tempatan tak menenttu - Menteri

PARLIMEN | Penurunan pemberian dividen oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selama tiga tahun berturut-turut bermula 2015 disebabkan penurunan hasil daripada dividen syarikat pelaburan dan aktiviti penjualan ekuiti berikutan ketidaktentuan pasaran saham tempatan, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.
Katanya aktiviti penjualan saham dan dividen daripada syarikat pelaburan merupakan antara sumber pendapatan terbesar LTAT selain penjualan hartanah, faedah atas simpanan deposit serta sewaan bangunan dan hartanah.
“Bagi tempoh tiga tahun kebelakangan ini, 2015-2017, pendapatan LTAT yang diterima daripada pulangan dividen melalui syarikat pelaburannya dan aktiviti penjualan saham telah terjejas akibat ketidaktentuan prestasi pasaran saham tempatan,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahmad Amzad Mohamed (PAS-Kuala Terengganu) berhubung faktor-faktor penurunan keuntungan bersih LTAT dan kejatuhan dividen kepada pencarum selama tiga tahun berturut-turut.
Bagaimanapun, Mohamad berkata Lembaga Pengarah dan pengurusan LTAT akan terus berusaha untuk mengenal pasti bentuk pelaburan baharu yang menguntungkan dan berdaya maju dan menyemak semula pelaburannya dari semasa ke semasa untuk memastikan pelaburan yang dibuat selamat dan memberi pulangan yang sebaiknya.
“Saya sendiri telah mengambil langkah menyusun semula pentadbiran LTAT supaya lebih baik dan efisien. Kita akan memastikan LTAT berada pada tahap yang lebih baik pada Februari tahun depan untuk (tahun kewangan) 2018,” katanya.
Menjawab soalan tambahan Ahmad Amzad mengenai kesediaan kerajaan untuk mempertimbangkan opsyen tambahan dalam bentuk bonus tunai berbanding unit amanah saham pada masa ini, Mohamad berkata skim pemberian dividen dalam bentuk unit amanah saham akan diteruskan kerajaan kerana ia memberi manfaat jangka panjang kepada pencarum LTAT.
- Bernama


Thus Article [MAMPOS] Dividen LTAT turun sebab pasaran saham tempatan tak menenttu - Menteri

Itulah artikel [MAMPOS] Dividen LTAT turun sebab pasaran saham tempatan tak menenttu - Menteri Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [MAMPOS] Dividen LTAT turun sebab pasaran saham tempatan tak menenttu - Menteri dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/12/mampos-dividen-ltat-turun-sebab-pasaran.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[MAMPOS] Dividen LTAT turun sebab pasaran saham tempatan tak menenttu - Menteri"

Catat Ulasan

Loading...