Loading...

Kuda Trojan DAP SEDANG Membuka Pintu Kubu & Istana (MELAYU MASIH LALAI, CUAI)

Loading...
Kuda Trojan DAP SEDANG Membuka Pintu Kubu & Istana (MELAYU MASIH LALAI, CUAI) - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kuda Trojan DAP SEDANG Membuka Pintu Kubu & Istana (MELAYU MASIH LALAI, CUAI), Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kuda Trojan DAP SEDANG Membuka Pintu Kubu & Istana (MELAYU MASIH LALAI, CUAI)
link : Kuda Trojan DAP SEDANG Membuka Pintu Kubu & Istana (MELAYU MASIH LALAI, CUAI)

Baca juga


Kuda Trojan DAP SEDANG Membuka Pintu Kubu & Istana (MELAYU MASIH LALAI, CUAI)


Kuliah Kenegaraan: Raja Berperlembagaan vs Demokrasi Berparlimen ~ oleh Prof Madya Naina Mydin Barkath Backer

Sejak PRU14, ramai telah bertanya kepada saya: “Prof Madya Mamak Mydin, pentadbiran Malaysia tu sebenarnya Raja Berperlembagaan atau Demokrasi Berparlimen? Ok sebelum Prof Madya memberikan jawapan, mari kita bandingkan Raja Berperlembagaan dengan Demokrasi Berparlimen.

Siswa siswi sekalian, Tahukah Anda? Raja Berperlembagaan merujuk kepada Pemimpin dari golongan bangsawan turun-temurun (contohnya Raja, Sultan, Maharaja, Firaun dsb) yang mentadbir berdasarkan kuasa yang ditentukan dalam dokumen bertulis yang dikenali sebagai ‘Perlembagaan’. Baginda tidak memiliki kuasa mutlak untuk melakukan apa saja disebabkan had kuasa ini.

Demokrasi Berparlimen pula merujuk kepada demokrasi yang ditadbir sebuah parti majoriti (ataupun segolongan parti yang sepakat) dalam sebuah institusi yang digelar ‘Parlimen’. Kuasa parti memerintah itu turut dihadkan dalam Perlembagaan yang sama. Seperti Raja, parti pemerintah juga tidak memiliki kuasa mutlak untuk melakukan apa saja disebabkan had kuasa ini.

Dengan kuasa dan tanggungjawab Parlimen dinyatakan dalam Perlembagaan, menurut istilah, ‘Demokrasi Parlimen’ juga satu bentuk Demokrasi ‘Berperlembagaan’. Maka kita bolehlah simpulkan bahawa pentadbiran Malaysia merangkumi sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berperlembagaan serentak.

Kenapakan bapa2 pengasas negara kita memilih sistem bercampur aduk yang pelik seperti ini? Alangkah baik dan mudahnya sekiranya sistem pentadbiran kita sepenuhnya mengikut sistem Monarki ataupun sistem Demokrasi?

Jawapannya mudah. Sebab masyarakat majmuk kita yang membentuk negara Malaysia tidak boleh menanggung risiko pentadbiran sepenuhnya oleh Satu entiti sahaja yang dihadiahkan kuasa mutlak. Kenapa tidak? 

Dalam sistem monarki yang mutlak, ada kalanya rakyat diberkati pemerintahan raja yang baik. Ada pula masanya rakyat disengsarakan raja yang zalim. Contohnya, Maharaja Hirohito yang tiba2 bersifat imperial hingga mencetuskan perang Pasifik dan seterusnya mengakibatkan 25 juta orang Asia menderita. 

Dalam sistem demokrasi mutlak, ada kalanya rakyat ditadbir parti pemerintah yang baik. Ada pula masanya rakyat disengsarakan parti yang bersifat memusnah. Contohnya, parti paling bodoh dalam sejarah manusia, yakni Parti Nazi yang tiba2 bersifat imperial hingga mencetuskan perang Atlantik dan seterusnya mengakibatkan 25 juta orang Eropah menderita.

Dua contoh ini membuktikan bahawa kuasa pemerintahan yang ditumpukan ke mana2 satu pihak selalunya bersifat memusnah, tidak kira di Pasifik ataupun Atlantik. Untuk mengelakkan risiko ini, sebilangan negara seperti Malaysia telah memutuskan untuk mencipta satu bentuk pentadbiran di mana kedua pihak Raja Dan parti pemerintah masing2 diamanahkan tugas memantau dan mengelakkan penyalahgunaan kuasa satu sama lain. Inilah yang dikenali sebagai sistem check-and-balance. 

Mari kita nilai situasi kerajaan pemerintah sekarang yang memegang majoriti kecil dalam demokrasi berparlimen kita. Pemerintah mereka perlu segera menggubal sebilangan rang undang2 yang memihak kepada parti pimpinan beliau. Namun sistem demokrasi berperlembagaan memastikan bahawa cita2 pemerintah baru masih tertakluk kepada persetujuan 66% ahli2 Parlimen yang turut merangkumi 45% pembangkang.

Sekiranya pemerintah tersebut bertindak secara mutlak dan lakukan keinginannya sendiri tanpa persetujuan 66% tersebut, maka sistem Raja Berlembagaan diberikan kuasa untuk memecat pemerintah dan membubarkan kedua sidang Parlimen. 

Keupayaan sistem Raja Berlembagaan kita bertindak untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa demokrasi berparlimen kita inilah yang menjadi penyebab rasa tidak puas hati pemerintah. Inilah sebabnya individu yang bergelar pemerintah tersebut masih tekun dalam usahanya untuk melemahkan institusi Raja2 kita.

Menurut pepatah Melayu, Pantang anak Melayu menderhaka kepada Raja. Sesungguhnya, tiada pemimpin Melayu di dunia yang sanggup meninggalkan warisan sebagai penderhaka Raja. Tiada pemerintah Melayu yang sanggup menggadaikan namanya dengan persepsi awam dalam penghinaan sedemikian. 

Jadi bagaimana pemerintah Melayu boleh mencapai matlamat ini tanpa dinilai sebagai penderhaka? Jawapannya ialah dengan memperkenalkan apa yang dikenali sebagai “kuda Trojan”.

Kuda Trojan mendapat takrif dari kuda buatan kayu yang digunakan pahlawan Yunani terkemuka, Raja Ulysses untuk menyeludup masuk soldadu handal Yunani ke kubu Troy melalui strategi tipu muslihat. Dalam mitos Yunani purba, Raja Ulysses berpura2 menghadiahkan pemberian pujaan kepada dewa2 Trojan setelah mengarahkan tenteranya berundur sambil berlakon seolah2 mereka terkena penyakit kusta. Setelah Raja Troy berkenan menerima kuda tersebut, soldadu Yunani keluar dan berjaya membuka pintu gerbang bandaraya Troy dari dalam, seterusnya membenarkan ribuan tentera mereka masuk dan menawan kota Troy.

Pada hari ini, kuda Trojan dalam politik merujuk kepada kegunaan stratagem licik dengan tujuan memaksa sesuatu sasaran mengundang musuhnya sendiri ke kubunya tanpa disedari.

Dalam kes kerajaan sekarang, Kuda Trojan yang mereka gunakan ialah parti lawan utama mereka yang telah berjaya menyelinap masuk setiap kubu dan benteng pertahanan parti pemerintah asal yang berjiwakan bangsa, agama dan raja berdaulat mereka. Muslihat asal ialah 'memerangi gejala rasuah' yang pada suatu masa berleluasa di kalangan pihak2 tertentu dalam kerajaan dahulu. 

Namun fungsi Kuda Trojan tersebut telah beralih kepada usaha untuk menjayakan mandat baru untuk melemahkan institusi Diraja disamping mengukuhkan institusi parti politik tanpa Raja Berperlembagaan.

Apakah kemungkinan rancangan pihak si penderhaka itu berjaya? Ini bergantung sepenuhnya kepada kesanggupan orang Melayu sendiri untuk menyedari peranan dan pengaruh setiap Kuda Trojan yang mereka bawa masuk ke kubu2 bangsa dan agama mereka sendiri.

Dirgahayu Seri Paduka Baginda, Daulat Tuanku.

#CelahGelegar


Admin: Sila ambil maklum: komen copy and paste yang panjang akan dipadamkan (delete). Sila berhujah dengan matang dan professional. DILARANG menggunakan kata-kata kesat. 




Thus Article Kuda Trojan DAP SEDANG Membuka Pintu Kubu & Istana (MELAYU MASIH LALAI, CUAI)

Itulah artikel Kuda Trojan DAP SEDANG Membuka Pintu Kubu & Istana (MELAYU MASIH LALAI, CUAI) Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kuda Trojan DAP SEDANG Membuka Pintu Kubu & Istana (MELAYU MASIH LALAI, CUAI) dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/12/kuda-trojan-dap-sedang-membuka-pintu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kuda Trojan DAP SEDANG Membuka Pintu Kubu & Istana (MELAYU MASIH LALAI, CUAI)"

Catat Ulasan

Loading...