Loading...

[ISU TH] Penghakiman di MEDIA cara KEADILAN Kerajaan PH?

Loading...
[ISU TH] Penghakiman di MEDIA cara KEADILAN Kerajaan PH? - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [ISU TH] Penghakiman di MEDIA cara KEADILAN Kerajaan PH?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [ISU TH] Penghakiman di MEDIA cara KEADILAN Kerajaan PH?
link : [ISU TH] Penghakiman di MEDIA cara KEADILAN Kerajaan PH?

Baca juga


[ISU TH] Penghakiman di MEDIA cara KEADILAN Kerajaan PH?

PAS memandang serius terhadap tuduhan yang berlaku dalam Tabung Haji (TH) sebagai institusi kewangan terbesar umat Islam di Malaysia, kata presidennya Abdul Hadi Awang.  
Namun tegas beliau, parti itu berpandangan tidak wajar sekiranya pertuduhan itu dibicarakan melalui media oleh “seorang menteri yang masih mentah”, sehingga boleh menimbulkan persepsi dan percanggahan maklumat yang mengelirukan. 

"Saya mengikuti pendedahan terbaru ke atas pihak TH melibatkan aspek pengurusan kewangan, pelaburan dan tadbir urus yang dipertikaikan. 

"PAS berpandangan tidak wajar sekiranya pertuduhan itu dibicarakan melalui media oleh seorang menteri yang masih mentah," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof mendedahkan TH mengalami defisit sebanyak RM4.1 bilion dan melanggar syarat pembayaran hibah (dividen) kerana membuat bayaran ketika liabilitinya melebihi aset.

Bekas pengerusi TH Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan pelanggaran syarat itu dan mempertahankan TH tidak mengalami defisit, sebaliknya mempunyai lebihan.

Justeru Abdul Hadi yang juga anggota parlimen Marang berkata, pihaknya menyarankan agar satu penilaian menyeluruh dikendalikan bawah seliaan Majlis Raja-Raja (suruhanjaya diraja) ataupun parlimen.

"PAS juga menasihatkan agar kerajaan tidak mempolitikkan isu ini sehingga merosakkan imej TH dan tidak bersikap berat sebelah dalam menjalankan siasatan terhadap kes rasuah dan penyelewengan melibatkan pemimpin Pakatan Harapan yang masih belum disiasat dan didakwa sehingga hari ini,” katanya.
Hadi juga berkata PAS meletakkan keyakinan terhadap integriti dan profesionalisme lembaga pengarah, pengurusan tertinggi, pegawai dan kakitangan TH dalam melaksanakan tugas bagi melindungi kepentingan pendeposit.
"Janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga," katanya. - Malaysiakini #CelahGelegar


Thus Article [ISU TH] Penghakiman di MEDIA cara KEADILAN Kerajaan PH?

Itulah artikel [ISU TH] Penghakiman di MEDIA cara KEADILAN Kerajaan PH? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [ISU TH] Penghakiman di MEDIA cara KEADILAN Kerajaan PH? dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2018/12/isu-th-penghakiman-di-media-cara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[ISU TH] Penghakiman di MEDIA cara KEADILAN Kerajaan PH?"

Catat Ulasan

Loading...